Waffle original bekal Aman

Pagi Isnin yang indah ini, saya telah menyediakan bekal waffles untuk anak-anak. Anak request

wpid-2015-01-26-11.04.45.jpg.jpeg

 

Ini yang dah siap masak – Azam punya

 

wpid-2015-01-26-11.05.58.jpg.jpeg

 

Ini Abang Aman punya.

Resepi “Original Waffles”
(Tiru buku dari mesin yang digunakan)
300g tepung
10g baking powder
Secubit garam
100g unsalted butter
1/2 liter susu segar (saya guna HL)
Gula 70g
2 biji telur

Cara membuatnya
Ayak tepung dan baking powder
Masukkan garam
Masukkan butter
Masukkan susu
Kacau kacau
Masukkan gula

Whisk sampai sebati. Leave for 30 mins. Then boleh gunakan. Saya simpan dalam peti ais. Besok pagi terus masak.

Tekstur dia lembut tak crunch. Tapi so far Aman kata dia suka

Nanti nak cari resepi yg crunch la.
Sekian.

Pizza bekal Aman

image

Ini bekal Aman pagi ini. Ini rupa sebelum dibakar dalam oven. Dah siap lupa nak ambil gambar sebab dah pukul 7. Nanti lambat plak.

Lepas bakar, saya balut dalam plastik supaya dia tak keras.

Resepi
2 ketul roti hotdog (potong 2).
Sos bolognaise (boleh guna readymade atau buat sendiri)
Daging pilihan anda (sosej, chicken loaf, beef peperoni)
Mozarella cheese
Unsalted butter

Cara.
1. Potong roti kepada 2 bahagian
2. Sapukan butter
3. Sapukan sos
4. Letakkan daging seikhlas yg boleh
5. Letakkan cheese seikhlas yg boleh
6. Bakar dalam oven 200°c dalam 8 mins
7. Siap!

Sekian, minggu ni dah 2 kali buat.

Homemade corndog

 

wpid-C360_2013-12-14-19-03-40-375.jpg

Hari ini saya cuba untuk membuat corndog untuk makan petang. First attempt tau. Macam buruk hasilnya, tapi sedap hahaha. Bahan guna je yg ada kat umah kecuali cornmeal je kena beli. Lain mmg sedia ada

Bahan-bahan

1 1/2 cawan yellow cornmeal
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/4 cawan gula (boleh kurangkan)
1 1/2 cawan susu (buttermilk kalau resepi asal)
1 sudu kecil madu
1/4 sudu kecil garam
1 biji telur (kacau)
1 sudu minyak

image

Cara membuatnya

1. Campurkan cornmeal, tepung, baking powder, gula, garam dan kacau sehingga sebati.

image

2. Campurkan bahan liquid seperti telur, susu, madu, minyak ke dalam campuran tepung tadi.

3. Kacau sehingga sebati. Adunan lebih pekat daripada aduan pancakes.

image

4. Transfer ke dalam gelas yang tinggi.

5. Masukkan sosej ke dalam adunan gelas tersebut. Pastikan adunan tepung melekat dengan banyak.

wpid-storagesdcard0PhotoEditor2013-12-14-19.36.11.png.png

image

image

6. Bahagian yang paling mencabar. Acara menggoreng. Sangatlah tricky. sbb saya guna kuali biasa. First time besar sebelah. Kemudian kali ke dua hangit sebelah. So berusahalah anda untuk mendapatkan hasil yang cantik. Saya punya agak buruk tapi sedap.

wpid-storagesdcard0PhotoEditor2013-12-14-19.44.03.png.png wpid-storagesdcard0PhotoEditor2013-12-14-19.46.00.png.png wpid-storagesdcard0PhotoEditor2013-12-14-19.47.08.png.png wpid-storagesdcard0PhotoEditor2013-12-14-19.47.40.png.png

 

Yummm..habis 10 batang hahhahahaa

Elita

Pancakes

image

Pancakes ini telah direquest oleh Aman. Resepi ini boleh menghasilkan 12 keping jika menggunakan ice cream scoop.

Bahan

1 1/2 tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
(tapis semua)

1 1/4 susu segar
Butter 4 sudu kecil (cairkan)
telur saiz A 2 biji

Cara
Susu dan telur dipukul dengan speed yang tinggi dlm 2 minit
kemudian masukkan butter cair semasa tgh pukul dlm 1 minit

Kemudian dengan menggunakan whisker campurkan campuran tepung yang ditapis itu ke dalam bancuhan susu tadi. Kacau sehingga sebati

Leave it for 15 minit ye puan puan sebelum membakarnya.

Panaskan non stick pan, oleskan dengan butter. oleskan tuuu hahhaa. ambil ice cream scoop dan bolehlah bakar. campuran pancake akan mengelembung di atas kuali panas dan terbalikkan. Angkat dan makan. boleh dimakan dengan manisan pilihan atau begitu saja.

Aman & Azam suka!

Elita