EPF – Survey

The EPF proposed 4 initiatives yesterday  for the members to provide feedback on, including gradual alignment of the age for full withdrawal to 60 years old instead of 55 years old.

The CEO said that the survey will be available from today onward for 2 weeks and the implementation of the changes it depends very much on the members’ feedback.

Quote from his words from local newspaper “If the feedback is overall positive or negative on either one of the options, then it will be easy for us to then make a decision. Generally speaking, we hope this can be addressed within this calendar year,” he said at a media briefing at its headquarters here.”

Phewww..kan??

You can see the questions below to plan your answers.

biarlah macam tak berguna (En.Zama mempertikaikan effectiveness of this survey) ..tapi saya isikan juga..

So SAYA SUDAH, ANDA BILA LAGI?

1 2 3 4 5 Terima

Pengalaman Bershopping dengan Seng Heng Online Shop

Tahun lepas, saya teringin untuk membeli bread maker yang baru menggantikan Bread Maker (“BM”) saya yang dah rosak tak boleh spin itu. Survey punya survey saya teringinlah untuk mendapatkan BM brand Kenwood berdasarkan rating dan review dari ramai pihak.

Survey la kedai online dan yg berada di Mid Valley termasuklah Lazada, Rakuten, dan Seng Heng Online Shop. Nak dijadikan cerita Seng Heng menawarkan harga yang berpatutan untuk BM250. Dan berdasarkan review BM250 & BM450 akan menghasilkan mutu roti yang memuaskan hati.

So, di Seng Heng saya ditawarkan RM399 untuk BM250. Dan masih terdapat 11 item yang available. (di gambar 10 sbb 1 saya dah order).

Saya pun membuat pesanan pada 31 January 2014 tanpa sebarang add one yang ditawarkan oleh Mereka.

Refer gambar di bawah ini.

Displaying image.png

Bagi saya jika ada 11 unit itu maka masih boleh membuat pembelian. Yes. Murah dan berbaloi.

Isi borang dan buat pesanan. Bayaran melalu Paypal (bukan apa senang nak buka dispute kalau ada masalah). Ada option dalam delivery di mana kita boleh memilih untuk delivery (RM10 additional) atau pick up di store yang berhampiran. Saya pilih untuk pick up je di store sebab Puchong ada 2 branch kan. Satu di Bandar Puteri, Puchong dan manakala satu lagi di IOI Mall, Puchong. Dan barang boleh dapat cepat dan save RM10.

Siap. So, dapat email dari pihak Seng Heng.

EMail

Yes!! Sudah siap boleh lah tunggu.

Oklah, i assume dia akan call I untuk maklumkan dah terima order. Namun, selepas cuti tahun baru, 2 Jan 2015, saya try to follow up. So called Customer Service dan bercakap dengan Micheal. Sbb hari itu saya free untuk pick up barang.

Alasan diberikan, baru masuk kerja balik, dan sila tunggu email. (Nada mcm marah okkeh!)

Ok, saya tunggu, pukul 3.15 ptg received satu email.Email1

Oh! Begitu, saya kena call untuk follow up. Bukan store akan call untuk follow up. Ok lah try called, tak jawab. Ye lah kang pergi sia-sia je. Dalam satu hari tu, dalam 10 kali i call tau!

Tak siapa angkat!

On 4 Jan, 2015, saya email Micheal lagi. Pagi.

email2

No respon pon. Call store tak angkat, email CS tak reply.

So 2 hari kemudian, call Micheal lagi. Tanya kenapa tak boleh call. Dia cakap nombor ok je. oklah sejak saya dah call dia boleh tak dia checkkan order saya. Dia cakap, boleh. Siap boleh offer suruh tukar option untuk delivery (kena tambah RM10). Saya dah boleh bau fishy sket kat sini tetap bertegas untuk nak pick up. So dia kata oklah dia akan check dengan saya dan call balik.

Sampai ke petang tak call. So pagi besok saya call lagi tanya apa status dan kenapa tak call balik. Dia boleh cakap oh lupa dan dia dgn store manager, stock kat Bandar Puteri takde dan suruh saya pick up kat One Utama, Kepong la, Rawang la. NO! BIG NO lah. Suruh dia transfer barang tu kat Bandar Puteri dan saya pick up je lah. Dia pon “eerr aarr” ok nanti dia check balik. Petang call. Namun sampai ke petang tak call.

Pagi besok saya call, abeslah saya mengamuk, refund atau saya report tribunal ni. Dia pon ok ok ok. (Atau memang kena train macam tu kot). Dia siap cakap dia dah check semua outlet, semua takde stock. Kat One utama display unit, dan policy dorang tak boleh kasi display unit

HOw about kepong? Rawang? as suggested previously? Pon tak de??

So saya benganglah, lain kali janganlah letak 11 UNIT AVAILABLE dalam website kalau 0 stock kat smer branch.

Dia ok lagi (mmg profesional). Siap kata kena order baru dan saya kena tunggu 2 weeks untuk barang sampai. Then a new email was arrived later on afternoon.

Email3

 

So satu hari tu ada banyak email kluar

email5

Ini paling best! “Hope you understand!”

Email4

Then, esoknya lagi

email6

So, Saya mengamuklah. Saya TANAK tunggu 2 minggu lagi dan saya mahu refund.

So mula-mula dia refused nak refund. Saya kata saya nak cancel order sbb lepas 7 hari takde apa-apa pon berita. Saya tanak delay. Beli ngan Lazada pon dalam esok dah terima barang. Amazon saya beli pon terima dalam time frame yang dijanjikan. Siap boleh kasi refund kalau tak terima.

So. Dia cakap dia akan call back. Macam biasa sampai ke petang tak call. Saya call, dorang dah balik. So saya cakap sila refund kalau tak saya buka dispute di Paypal dan tribunal.

Then esoknya saya terima email ini

email7

Dorang cancel order dan akan refund saya dalam 2 weeks. Saya nak dalam masa terdekat. Refund je, Saya tak kisah lah mcmana pon. No response pon.

So hantar lagi email. Suruh check bank lepas 2 minggu. Ok, fine. “Aku tunggu lagi 2 minggu” (mode: Baik hati malas nak gaduh) Lepas dua minggu pon masih takde refund. Refer email di bawah ini.

Email8

 

Saya hantar follow up email. Rupanya mamat tu dah resigned.

Email9

Apa lagi, Mak bukak dispute lah kat Paypal. dan email Helen supervisor. Weii bila nak dapat duit ni balik!!

Alasan sama, kena tunggu 2 weeks for refund. Nak call balik, tak call pon. Mak bambu cukup2, email kluar lagi.

Email10

Jawapan standard. Siap cakap Finance ada problem. Typical!

Saya call bambu lagi. So skang pon belum selesai. Kes masih lagi berlanjutan.

SO, KORANG FIKIRLAH SENDIRI KALAU KORANG NAK BELI DI SENG HENG ONLINE SHOP INI. SAYA TAK AKAN BELI LAGI DI SINI. TERUK, LEMBAP, BANGANG! UNTIL NOW, NO REFUND NO NOTHING!!

Nanti saya update bila duit saya dapat. Sbb si Helen tu kata nak call hari ini, Petang ini.

 ***Update: SengHeng telah pun refund duit saya pada 29 January 2015 selepas entry ini. (itu pon saya kata saya tak peduli apa masalah dorang, saya nak duit saya jer)

Homeless by Choice (Mislina Mustaffa)

wpid-20140619_165602-1024x576

Honestly, I really enjoyed this book. Simple, Sincere and So crazy.

Yes, most of the readers will says this book junk, picisan and so whatever. But for me it shows me about her opinion on freedom.

And, Yes, memang dia terlalu open-minded atau terlalu arrogant with her opinions, but fine for me. Ini adalah dia, Mislina Mustaffa. Syabas.

Ingin saya petik kata-kata dia di chapter: Homeless by choice:Day 41. Di chapter ini, diceritakan bagaimana seorang wanita bekas penagih, drug dealer, cuba menggoda dia. Surprising, dia, Mislina tidak menyukai perkara itu. Maybelah perempuan ingat dia senang and easy going kot. Namun, dia, Mislina, marah dan terkejut tetap juga ingin menjaga perempuan itu. 2 pilihan ketika itu. Apa pilihan itu? Baca lah sendiri. hahahhaaha.

Hmm.. buku ini juga menyebabkan saya ingin lagi membeli buku-buku lain terbitan Merpati Jingga. Nampak sangat kelainan yang dipilih dalam penerbitan-nya. Mungkin boleh dikatakan indie publisher.

Suka tak bermakna akan terpengaruh. At least buku ini memberi lagi keinginan membaca saya. Read Read and Read. It’s fun to read.

 

Parking

Oh! Cerita hari ini. Bagaimana hendak mencari duit raya!? Jika anda DBKL, atau serang yang sewaktu dengannya, anda boleh dengan sesuka hati mencipta atau mereka undang-undang anda sendiri. Pertama sekali, katakan di kawasan pejabat anda, cuma habiskan masa dengan bermain badminton di ruang pejabat yang diubah suai menjadi taman permainan badminton (nasib baik tak main futsal kan). dan sebagainya ataupun kalau anda lebih bijak, pasangkanlah parking bermeter di sekliling pejabat anda. Kemudian, reserved 1-3 lot parking untuk kegunaan pejabat anda sendiri, yang lain kira-kira 200 lot lagi guna untuk parking berbayar. Dan rasa jika, duit raya tak cukup, keluarkan saja saman untuk mereka yang tidak membayar parking. INGAT!! ini bukanlah kegiatan harian, cukuplah 2 kali seminggu saja. Dan paling bagus sangat sesuai untuk sebarang musim perayaan. Sekian, selamat maju jaya!

 

FCUK DBKL at SENTUL RAYA, Sentul

Bajet 2009

Source from Malaysikini

Intipati bajet 2009 ‘kerajaan prihatin’
Aug 29, 08 4:22pm

Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.

Jumlah bajet

Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion – naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

Peruntukan pengurusan – RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).

Peruntukan pembangunan – RM27.8 bilion (sektor ekonomi – pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial – pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).

Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar. Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu,

  • menjamin kesejahteraan rakyat
  • membangun modal insan berkualiti
  • memperkukuh daya tahan negara.

Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.Jaringan keselamatan sosial.

Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan. Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.

Membasmi kemiskinan

Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007. Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah. Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

Kecuali bil elektrik RM20
Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu membayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

Cukai pendapatan
Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

Barangan pengguna
Duti import atas beberapa barangan pengguna – pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik – dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

Cukai jalan
Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.
Orang Kurang Upaya (OKU)Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

Kakitangan kerajaan
Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.

Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baruKemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan

Buka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.
Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran

Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.

Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009

.
Pembangunan Koridor PertumbuhanIskandar Malaysia – Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.

Pelancongan
Kerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.

Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun. Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM – RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.

Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.
Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

Pengangkutan
K’jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel
Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.

Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Kesihatan Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang – dari 15 sen kepada 18 sen. Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.

Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta. Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan. Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik. Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.

Nelayan dan petani
Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.

Elauan pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.

Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.

So, what da ya think?