Pantang

Gugur pon berpantang. Saya jaga makan. Tak makan makanan dalam kategori sejuk dan tak minum air sejuk dan berais. Jaga diri. Badan nak pakai lama. Lagipun kali ini pantang tak perlu nak risau anak kembung atau tak. Sbb pantang sorang2.

Saya suka makan halia dan bawang putih. Buang angin dan ok. Tapi dah stop sejak En. Zama cakap busuk. Hahaha kesian kan.

Ini saya guna semasa berpantang.

image

image

image

image

Bertungku dengan batu sungai dan daun mengkudu!

Sekian.

Share This Post

Pengalaman D&C

Kandungan Saya telah disahkan gugur pada 13 April 2016. Suami dan saya telah membuat keputusan untuk membuat D&C pada 14 April 2016.

Appointment dengan Dr. Raja dibuat pukul 8.30 pagi. Procedure dijadualkan pada pukul 11 pagi.

So saya dikehendaki untuk berpuasa at least 4 jam sebelum D&C dilakukan.

En. Zama menemani saya. Thank you Sayang. Dia tetap dengan saya sampai saya sedar. Budak kecil itu pon ponteng  sekolah. Comelkan.

Saya diinform hanya perlu masuk day care selepas operation.

Akibat ramai sangat org hari itu, pukul 12 baru masuk day care. Tunggu lama. Dah lah haus sakit kepala.lambat plak tu. Stress je.

Kul 12 tunggu dalam day care, tukar baju. Kul 12.20 kena tolak masuk operation theater. Then tepat pukul 1 ptg, start operation.

Dr. Raja start bius dan tak sampai 5 minit saya tak sedar sehingga selesai procedure tu. Sedar-sedar dah kena pakai pad kat bawah tu. Perut dah kempis. Dah takde baby.

Sakit tak D&C? Tak rasa apa2. Tapi lepas tu kaki rasa lenguh2 dan bahagian ari-ari sakit la. Mcm beranak. Tapi perasaan dia lain. Sedih sebab kita sakit tapi takde baby. Kalau beranak, sakit tapi bila tgk baby rasa Argghhh lega..mcm tu..

Oh ya total cost D&C di Columbia Asia Puchong dengan Dr. Raja Junaidah dalam RM2,197.00. Mcm nak beranak kan? Beranak jugaklah ni.

So saya start berpantang mcm bersalin.   Bertungku, pakai stokin, mandi air panas, makan mcm pantang tapi more healthier version. Saya suka makan garlic n ginger. Banyak2 pon suka.
??

Share This Post

Selamat tinggal Sayang.

14 April 2016 was first official appointment monthly check up for my third baby with Dr. Raja Junaidah (our regular gynae).

Saya dah jumpa 4 kali dengan Dr. Raja tapi masa tu nak check pregnant; demam mcm tu je.

This time En. Zama ikut. He never failed     ikut since Aman & Azam. So Abang2 pon ikut juga.

Excited nak tengok Baby dalam perut Mama. Dah 3 bulan ngam ngam 14 April 2016.

Sampai hospital, ambil berat etc.

Dr. Raja pun start scan perut. Trust me she is good for this.

Namun Allah lebih menyayangi Baby, saya disahkan keguguran kerana heart beat Baby dah tiada. Allah saja yang tahu sedihnya hati ini. Baru saja rasa happy 3 bulan carry Baby dalam kandungan ni. Selalu je sambang-sembang dengan dia. Sampai satu tahap tu sakit kepala yang amat sangat. Cakap kat Baby, janji Baby sihat Mama tahan je sakit kepala tu. Balik rumah flat. Sakit kepala. Sakit badan. Angin-angin. Tapi Mama tahan. Sbb maybe bawaan Baby.

Tapi bila Dr.Raja sahkan Baby dah tak ada, Mama tahan lagi nak nangis tu. Dengan harapan Dr. Raja silap. Masih ada harapan. Ada miracle. Scan silap tu…

Dr. Raja suggested 2 options; buat D&C atau tunggu kluar naturally. En. Zama duduk kat situ nampak very calm je as usual cakap kat Dr. Raja mana yang baik kitaorg ikut. Mama tak boleh fikir. Blank. Sedih. Dr. Raja cakap kalau nak buat D&C kena dtg esok buat sbb Baby dah takde since 7 weeks (based dari scan).

Keluar je, Mama nangis tak tahan. Tahu mmg takde harapan nak selamatkan Baby. Mama sedih. Abg Aman ngan Abg Azam tgk pon sedih. Nak tahan tak boleh, trus nangis atas perut En. Zama.

Naik kereta nak balik, anak-anak tanya Ayah kenapa Mama nangis. En. Zama cakap Mama sedih Baby tak jadi. Bukan Baby lagi..baru janin pon. Katanya.

Keputusan atas tangan Mama. Nak buat D&C or naturally. En. Zama support je.

Malam tu, Azam teman Mama tidur. Paling sedih dia cakap “Mama janganlah sedih-sedih. Baby takde takpelah. Kita buatlah Baby lain. Mama kan ada perut buat Baby”. Waaaa.. mix feeling. Abg Aman peluk cium Mama. “Aman sayang Mama. Jangan nangis2 ye Mama” waaaa…

Share This Post