Kursus Jahitan Kebaya Moden di Kolej Komuniti Shah Alam

Saya telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus jahitan Kebaya Moden selama 2 hari di Kolej Komuniti Shah Alam.

Sila refer post di sini

Kos yuran adalah RM10 sehari dan kos bahan adalah RM60. Jumlah sebanyak RM80. Bagi saya masih murah berbanding di luar itu. Kenapa saya ingin ke kelas? Tujuan saya mengikuti kelas sebab jahitan ini kita kena tanya cikgu. Boleh saja kita Google atau tengok Youtube, tapi saya inginkan basic dahulu so senang nak apply kepada research kita yang lain. 2 hari sebenarnya tidak mencukupi, namun saya mampu menyiapkan baju kebaya saya walaupon agak tidak kemas jahitannya.

20140614_110853 20140614_082348 20140614_110900 20140614_112045 20140614_113727 20140615_142132 Menariknya, selepas kursus anda akan diberi sijil penyertaan. Tak sangka. Ingat kita pergi belajar dan dapat ilmu. Ada lagi sijil.

20140615_170015

Sepanjang 2 hari saya belajar itu, saya mencuba mesin jahit tepi, buat kain silang, dan menjahit kebaya!! sesuatu yang saya rasakan tidak mungkin akan saya lakukan. Paling canggih yang pernah saya jahit adalah Apron, itupun projek untuk PMR di sekolah. Ha ha ha Apa yang perlu saya bawa adalah – diri saya sendiri. Bahan lain disediakan. Kan telah bayar kos bahan. Namun saya bawa buku nota dan pen saya hahhaa. Jangan risau jika anda tidak pernah atau tidak tahu menjahit kerana cikgu yang membimbing kita akan sabar mengajar kita dari Zero to Hero. Percayaaaalaaa.. Secara keseluruhan kelas ini sangat berguna kepada saya, dan i am looking forward for the next classes. p/s: Ucapan terima kasih yang paling banyak dan penuh kasih sayang diberikan kepada En.Zama kerana membenarkan saya pergi kelas dan tolong jaga anak-anak. I love you sayang! Kalau dia tak kasi, semua tak akan jadi.