Renew Roadtax dengan MYEG

Oleh kerana tahun ini saya malas nak pergi renew roadtax di Pejabat Pos, saya telah mencuba untuk memperbaharui roadtax saya ini melalui MyEG.

Langkah pertama: Kena masuk website MyEG Malaysia https://www.myeg.com.my/

Langkah kedua: Login untuk menggunakan perkhidmatan myEG

HOME - 1

Pilih Jabatan Pengangkutan Jalan

HOME - 2

 

Pilih “Road Tax Renewal”

HOME - 3

Borang di bawah ini akan keluar. Sila isikan borang ini

HOME - 4

Sila pilih penghantaran yang dikehendaki. Saya memilih “Home/Office Delivery”

HOME - 5

Pembayaran boleh yang boleh digunakan:

a. Kad Kredit

b. Perbankan Online

c. MyEG Prepaid Account

HOME - 7

Resit akan dikeluarkan. Sila print untuk bukti pembelian. GST dikenakan 6% untuk penghantaran (RM6).

Taraaa.. keesokan harinya saya sudah terima roadtax saya. Cuma kena bayar delivery charge RM6.00 plus 6% GST

20150421_173211 20150421_173250

Camping Shop in Malaysia – Evergreen Adventure

Peminat camping, boleh melawat Evergreen Adventure di Taman Midah, Cheras untuk survey peralatan perkhemahan.

Jika kita mendaftar menjadi ahli, terdapat extra diskaun utk ahli dalam 10%-25%.

Kedai ini juga mempunyai brand sendiri iaitu Freelife dan tak ingat

image

Peralatan khemah

image

Coleman area

image

Lagi

image

Khemah

image

Aman with the camping chairs

image

Bahagian depan khemah

image

Alamat dia:
Evergreen Adventure Sdn Bhd
No. 46, Jalan Kilang Midah,
Taman Midah, Cheras
56000 Kuala Lumpur
Tel: 03-9173 3000

Pengalaman Bershopping dengan Seng Heng Online Shop

Tahun lepas, saya teringin untuk membeli bread maker yang baru menggantikan Bread Maker (“BM”) saya yang dah rosak tak boleh spin itu. Survey punya survey saya teringinlah untuk mendapatkan BM brand Kenwood berdasarkan rating dan review dari ramai pihak.

Survey la kedai online dan yg berada di Mid Valley termasuklah Lazada, Rakuten, dan Seng Heng Online Shop. Nak dijadikan cerita Seng Heng menawarkan harga yang berpatutan untuk BM250. Dan berdasarkan review BM250 & BM450 akan menghasilkan mutu roti yang memuaskan hati.

So, di Seng Heng saya ditawarkan RM399 untuk BM250. Dan masih terdapat 11 item yang available. (di gambar 10 sbb 1 saya dah order).

Saya pun membuat pesanan pada 31 January 2014 tanpa sebarang add one yang ditawarkan oleh Mereka.

Refer gambar di bawah ini.

Displaying image.png

Bagi saya jika ada 11 unit itu maka masih boleh membuat pembelian. Yes. Murah dan berbaloi.

Isi borang dan buat pesanan. Bayaran melalu Paypal (bukan apa senang nak buka dispute kalau ada masalah). Ada option dalam delivery di mana kita boleh memilih untuk delivery (RM10 additional) atau pick up di store yang berhampiran. Saya pilih untuk pick up je di store sebab Puchong ada 2 branch kan. Satu di Bandar Puteri, Puchong dan manakala satu lagi di IOI Mall, Puchong. Dan barang boleh dapat cepat dan save RM10.

Siap. So, dapat email dari pihak Seng Heng.

EMail

Yes!! Sudah siap boleh lah tunggu.

Oklah, i assume dia akan call I untuk maklumkan dah terima order. Namun, selepas cuti tahun baru, 2 Jan 2015, saya try to follow up. So called Customer Service dan bercakap dengan Micheal. Sbb hari itu saya free untuk pick up barang.

Alasan diberikan, baru masuk kerja balik, dan sila tunggu email. (Nada mcm marah okkeh!)

Ok, saya tunggu, pukul 3.15 ptg received satu email.Email1

Oh! Begitu, saya kena call untuk follow up. Bukan store akan call untuk follow up. Ok lah try called, tak jawab. Ye lah kang pergi sia-sia je. Dalam satu hari tu, dalam 10 kali i call tau!

Tak siapa angkat!

On 4 Jan, 2015, saya email Micheal lagi. Pagi.

email2

No respon pon. Call store tak angkat, email CS tak reply.

So 2 hari kemudian, call Micheal lagi. Tanya kenapa tak boleh call. Dia cakap nombor ok je. oklah sejak saya dah call dia boleh tak dia checkkan order saya. Dia cakap, boleh. Siap boleh offer suruh tukar option untuk delivery (kena tambah RM10). Saya dah boleh bau fishy sket kat sini tetap bertegas untuk nak pick up. So dia kata oklah dia akan check dengan saya dan call balik.

Sampai ke petang tak call. So pagi besok saya call lagi tanya apa status dan kenapa tak call balik. Dia boleh cakap oh lupa dan dia dgn store manager, stock kat Bandar Puteri takde dan suruh saya pick up kat One Utama, Kepong la, Rawang la. NO! BIG NO lah. Suruh dia transfer barang tu kat Bandar Puteri dan saya pick up je lah. Dia pon “eerr aarr” ok nanti dia check balik. Petang call. Namun sampai ke petang tak call.

Pagi besok saya call, abeslah saya mengamuk, refund atau saya report tribunal ni. Dia pon ok ok ok. (Atau memang kena train macam tu kot). Dia siap cakap dia dah check semua outlet, semua takde stock. Kat One utama display unit, dan policy dorang tak boleh kasi display unit

HOw about kepong? Rawang? as suggested previously? Pon tak de??

So saya benganglah, lain kali janganlah letak 11 UNIT AVAILABLE dalam website kalau 0 stock kat smer branch.

Dia ok lagi (mmg profesional). Siap kata kena order baru dan saya kena tunggu 2 weeks untuk barang sampai. Then a new email was arrived later on afternoon.

Email3

 

So satu hari tu ada banyak email kluar

email5

Ini paling best! “Hope you understand!”

Email4

Then, esoknya lagi

email6

So, Saya mengamuklah. Saya TANAK tunggu 2 minggu lagi dan saya mahu refund.

So mula-mula dia refused nak refund. Saya kata saya nak cancel order sbb lepas 7 hari takde apa-apa pon berita. Saya tanak delay. Beli ngan Lazada pon dalam esok dah terima barang. Amazon saya beli pon terima dalam time frame yang dijanjikan. Siap boleh kasi refund kalau tak terima.

So. Dia cakap dia akan call back. Macam biasa sampai ke petang tak call. Saya call, dorang dah balik. So saya cakap sila refund kalau tak saya buka dispute di Paypal dan tribunal.

Then esoknya saya terima email ini

email7

Dorang cancel order dan akan refund saya dalam 2 weeks. Saya nak dalam masa terdekat. Refund je, Saya tak kisah lah mcmana pon. No response pon.

So hantar lagi email. Suruh check bank lepas 2 minggu. Ok, fine. “Aku tunggu lagi 2 minggu” (mode: Baik hati malas nak gaduh) Lepas dua minggu pon masih takde refund. Refer email di bawah ini.

Email8

 

Saya hantar follow up email. Rupanya mamat tu dah resigned.

Email9

Apa lagi, Mak bukak dispute lah kat Paypal. dan email Helen supervisor. Weii bila nak dapat duit ni balik!!

Alasan sama, kena tunggu 2 weeks for refund. Nak call balik, tak call pon. Mak bambu cukup2, email kluar lagi.

Email10

Jawapan standard. Siap cakap Finance ada problem. Typical!

Saya call bambu lagi. So skang pon belum selesai. Kes masih lagi berlanjutan.

SO, KORANG FIKIRLAH SENDIRI KALAU KORANG NAK BELI DI SENG HENG ONLINE SHOP INI. SAYA TAK AKAN BELI LAGI DI SINI. TERUK, LEMBAP, BANGANG! UNTIL NOW, NO REFUND NO NOTHING!!

Nanti saya update bila duit saya dapat. Sbb si Helen tu kata nak call hari ini, Petang ini.

 ***Update: SengHeng telah pun refund duit saya pada 29 January 2015 selepas entry ini. (itu pon saya kata saya tak peduli apa masalah dorang, saya nak duit saya jer)

Free sample part 2.

Berdasarkan post pertama saya di sini. Yer, saya telah berjaya mendapatkan beberapa sample yang diminta. Jarak waktu yang diterima juga agak cepat. Paling lama adalah 2 minggu sahaja.  Awal dari itu juga ada. Antara nya adalah lampin kanak-kanak, tuala wanita etc.

Ada juga yang memerlukan anda redeem over the counter. Ini kebanyakannya adalah produk kecantikan. Setelah mendaftar interest, anda akan menerima email untuk pengesahan untuk redeem free sample.

Nanti saya letak gambar ye. Selamat mencuba!