Pengalaman D&C

Kandungan Saya telah disahkan gugur pada 13 April 2016. Suami dan saya telah membuat keputusan untuk membuat D&C pada 14 April 2016.

Appointment dengan Dr. Raja dibuat pukul 8.30 pagi. Procedure dijadualkan pada pukul 11 pagi.

So saya dikehendaki untuk berpuasa at least 4 jam sebelum D&C dilakukan.

En. Zama menemani saya. Thank you Sayang. Dia tetap dengan saya sampai saya sedar. Budak kecil itu pon ponteng  sekolah. Comelkan.

Saya diinform hanya perlu masuk day care selepas operation.

Akibat ramai sangat org hari itu, pukul 12 baru masuk day care. Tunggu lama. Dah lah haus sakit kepala.lambat plak tu. Stress je.

Kul 12 tunggu dalam day care, tukar baju. Kul 12.20 kena tolak masuk operation theater. Then tepat pukul 1 ptg, start operation.

Dr. Raja start bius dan tak sampai 5 minit saya tak sedar sehingga selesai procedure tu. Sedar-sedar dah kena pakai pad kat bawah tu. Perut dah kempis. Dah takde baby.

Sakit tak D&C? Tak rasa apa2. Tapi lepas tu kaki rasa lenguh2 dan bahagian ari-ari sakit la. Mcm beranak. Tapi perasaan dia lain. Sedih sebab kita sakit tapi takde baby. Kalau beranak, sakit tapi bila tgk baby rasa Argghhh lega..mcm tu..

Oh ya total cost D&C di Columbia Asia Puchong dengan Dr. Raja Junaidah dalam RM2,197.00. Mcm nak beranak kan? Beranak jugaklah ni.

So saya start berpantang mcm bersalin.   Bertungku, pakai stokin, mandi air panas, makan mcm pantang tapi more healthier version. Saya suka makan garlic n ginger. Banyak2 pon suka.
??

Leave a Reply