Hari ini saya prepare Waffles & Spaghetti untuk Aman.
Potong dua.
Sapukan Jem strawberry and Madu
Cantumkan. Wrapkan plastic. Waffles utk kelas KAFA dan Spaghetti untuk Sek Rendah
Dapat resepi dari youtube. Resepi boleh menghasilkan 8 keping waffle.
Bahan
2 cawan tepung
4 tspn baking powder
1/8 tspn baking soda
Gula
Garam
Unsalted butter(cairkan)
2 cawan air
2 biji kuning telur
1 tbspoon minyak canola
2 biji telur putih
1 tspn vanilla extract
Cara membuat
1. Canpurkan tepung, baking powder, baking soda, gula dan garam. Kacau
2. Masukkan telur kuning dan air. Kacau
3. Masukkan minyak dan butter. Kacau
4. Masukkan vanilla extract. Kacau
5. Kacau telur putih sehingga fluffy then campurkan ke dalam batter tadi. Kacau
6. Panaskan waffle maker. Masukkan batter dan tunggu sehingga masak. Tadaa. Boleh dimakan begitu saja atau dengan madu dan jem.
Sekian
Hari ini saya buat Sandwich untuk Aman.
Resepi sangat mudah
Bahan
Roti
Sardin
Limau Kasturi (ambil jus)
Lada sulah secukup rasa
Garam secukup rasa
Unsalted butter
Cara penyediaaan
1. Sardin + jus limau kasturi + garam + lada sulah lenyekkan sehingga sebati.
2. Panaskan grill
Sediakan 2 keping roti
Sapukan butter
Letakkan sardin di atas roti
Satukan kepingan roti
Grill. Masak. Bungkuskan dengan cling wrap. Siap!
Sekian.
Pagi Isnin yang indah ini, saya telah menyediakan bekal waffles untuk anak-anak. Anak request
Ini yang dah siap masak – Azam punya
Ini Abang Aman punya.
Resepi “Original Waffles”
(Tiru buku dari mesin yang digunakan)
300g tepung
10g baking powder
Secubit garam
100g unsalted butter
1/2 liter susu segar (saya guna HL)
Gula 70g
2 biji telur
Cara membuatnya
Ayak tepung dan baking powder
Masukkan garam
Masukkan butter
Masukkan susu
Kacau kacau
Masukkan gula
Whisk sampai sebati. Leave for 30 mins. Then boleh gunakan. Saya simpan dalam peti ais. Besok pagi terus masak.
Tekstur dia lembut tak crunch. Tapi so far Aman kata dia suka
Nanti nak cari resepi yg crunch la.
Sekian.
Pagi ini saya preparekan Pancake Pisang as requested by Aman.
Pancake yang diletakkan pisang. Muatkan sebanyak yg mungkin sbb takut lambat nanti hahahahaha
Terbalikkan setelah nampak side tadi ada bubbless.
Hahhaa buruk kali ini. Sbb dah terlambat tapi Aman cakap marvelessss!
Resepi sama seperti di sini cuma tambah pisang je.