november

lama agak lama untuk menulis kembali. Busy tak lah busy tapi idea tiada dan rasanya tiada yang ingin dikongsikan bersama.

Lagi beberapa hari lagi kita akan memasuki bulan november, bulan sebelas dan macam2 lagi gelarannya. Bagi saya bulan sebelas adalah bulan keraian untuk saya suami isteri. Bulan november merupakan bulan kelahiran kami suami isteri dan juga bulan yang menyatukan kami sebagai suami isteri yang sah.

Tahun 2010 merupakan tahun ulangtahun kami yang ke 4. Sangat cepat berlalu, Aman pon dah 3 tahun, tapi kami masih lagi dalam mood ‘honeymoon’. Hehehe. Alhamdullilah. Syukur kepada rahmatNya. Amin.

Hadiah untuk En.Zama dah dipilih. Hari lahir nya 4 Nov akan datang. Semoga dirinya sentiasa dirahmati, sihat, murah rezeki, dan paling penting masih dan sentiasa mencintai cik puan ini.

The most important, kami nak anak lagi. Ahahahahhahahahahaahaha