Pancakes ini telah direquest oleh Aman. Resepi ini boleh menghasilkan 12 keping jika menggunakan ice cream scoop.
Bahan
1 1/2 tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
(tapis semua)
1 1/4 susu segar
Butter 4 sudu kecil (cairkan)
telur saiz A 2 biji
Cara
Susu dan telur dipukul dengan speed yang tinggi dlm 2 minit
kemudian masukkan butter cair semasa tgh pukul dlm 1 minit
Kemudian dengan menggunakan whisker campurkan campuran tepung yang ditapis itu ke dalam bancuhan susu tadi. Kacau sehingga sebati
Leave it for 15 minit ye puan puan sebelum membakarnya.
Panaskan non stick pan, oleskan dengan butter. oleskan tuuu hahhaa. ambil ice cream scoop dan bolehlah bakar. campuran pancake akan mengelembung di atas kuali panas dan terbalikkan. Angkat dan makan. boleh dimakan dengan manisan pilihan atau begitu saja.
Aman & Azam suka!
Elita