Keropok Lekor

image

Pembuatan keropok lekor amat terkenal di Terengganu dan Kelantan. Ini mungkin disebabkan faktor ikan yang murah dan mudah didapati di kawasan negeri itu.

Baiklah mari kita lihat resepi keropok lekor jika anda ingin melakukannya di rumah.

Untuk jumlah seperti gambar di atas, saya telah menggunakan bahan2 berikut:

10 ekor ikan kembung (paling sedap ikan sardin)
Tepung sagu ( saya beli 1 bungkus RM1)
Garam secukup rasa
1 sudu knor ayam
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara membuat:
1. Asingkan isi ikan dari tulang
2. Kisar isi ikan menggunakan food prossesor. Jika tak ada boleh tumbuk kot. Tak penah cuba. Tapi isi ikan tidak perlu untuk direbus yer. Mentah2.
3. Rasakan dengan garam secukup rasa, serbuk knor, tepung gandum dan Uli.
4. Uli dengan menambah tepung sagu. Pepandailah nak adjust yer. Kalau banyak nanti rasa tepung saja.
5. Uli panjang2 mcm kita beli keropok lekor mentah tu. Boleh uli kecil2. Nanti dia akan kembang
6. Didihkan air di dalam periuk kukus.
7. Keropok dikukus sehingga kembang. Dalam 5 minit macam itu
8. Toskan airnya
9. Setelah kering, bolehlah dipotong mengikut saiz yang disukai. Dan goreng seperti biasa.

Siap. Hasilnya seperti di atas.

Elita