Ini bekal Aman pagi ini. Ini rupa sebelum dibakar dalam oven. Dah siap lupa nak ambil gambar sebab dah pukul 7. Nanti lambat plak.
Lepas bakar, saya balut dalam plastik supaya dia tak keras.
Resepi
2 ketul roti hotdog (potong 2).
Sos bolognaise (boleh guna readymade atau buat sendiri)
Daging pilihan anda (sosej, chicken loaf, beef peperoni)
Mozarella cheese
Unsalted butter
Cara.
1. Potong roti kepada 2 bahagian
2. Sapukan butter
3. Sapukan sos
4. Letakkan daging seikhlas yg boleh
5. Letakkan cheese seikhlas yg boleh
6. Bakar dalam oven 200°c dalam 8 mins
7. Siap!
Sekian, minggu ni dah 2 kali buat.