Cabaran hari ke 2: 5 March 2013

Malam ini saya telah mencuba 3 jenis resepi lagi dari buku 1hari 1resepi.

image

Sup Cendawan (page 204)

Penyediaan dlm 10 mins
Masak: 18 mins.

Rasa dia macam biasa lah. Tapi saya lagi suka kalau ditambah dengan halia. baru ade hump! Aman tak suka. Dia cakap tak shidap Mama. tapi Azam laju je disuap ke mulut hahahhaa. En. Zama kata tawar sket dan ade rasa cheese.. urmm manakha dtgnyer?

 

Kategori: Senangnya memasak sayur (2/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Pajeri Nenas (page 200)

penyediaan: 10 mins
Masak: 20 mins

Ok, rasa dia agak sedap juga. Tapi saya rasa Mak saya ajar lain sket. Cara yang ditunjukkan dalam buku ini sangatlah mudah untuk memasak Pajeri Nenas. Selalu kita fikir nak masak Pajer Nenas remeh kan? Tidak lagi dengan tunjuk ajar Chef Hanieliza dalam buku ini. Aman & Azam x makan nih. En. Zama cakap ok.(sedaplah tu)

Kategori: Senangnya memasak sayur (3/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Ayam goreng Serai (page 17)

Penyediaan: 10 mins
Masak: 15 mins perap + 15 mengoreng.

Satu lagi resepi yang Aman tak suka. Mungkin dia tak suka rasa serai itu. Azam macam biasa, sedap je. En.Zama? Pon dia cakap ok(selalu ok tu sedaplah  hehe)Saya kurangkan cili padi kerana ada budak bawah umur di rumah. Mungkin kalau lagi pedas lagi sedap kot. Tapi mudah juga. Blend then perap skejap lepas goreng siap. Takyah susah-susah sangat. Sesuai juga kalau kita perapkan semalaman kemudian balik kerja terus goreng.

Kategori: Senangnya memasak ayam (2/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

 

Yay!! ada lagi 360 masakan to go!