Cabaran hari ke 3: 6 March 2013

Ok, hari ini saya masih lagi mampu mengikut rancangan saya untuk mencuba buku resepi Chef Hanieliza. Ini kerana di muka hadapannya berbunyi ” Gerenti jadi”. So saya sahut cabaran itu.

Makan malam hari ini saya telah memilih 4 jenis menu.

image

Sup Ayam ( page 43)

Ini merupakan menu yang selalu saya masak untuk family saya. Dan favorite saya juga. Selalunya saya akan menggunakan rempah sup atau sup bunjut untuk menyediakan hidangan ini.

Namun kerana saya ingin menyahut cabaran Chef Hanieliza, saya telah meniru bulat2 arahan yang diberikan.

Apa yang boleh saya katakan. Mengagumkan! Kenapa? Kerana resepi ini tidak menggunakan rempah sup atau sup bunjut seperti kebiasaan. Hanya rempah ratus biasa seperti cengkih, kayu manis etc. Dan hasilnya sama seperti menggunakan rempah sup tapi lebih sedap. Bravo lah! Ya dan amat mudah sekali yer.

Kategori: Senangnya memasak ayam (2/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Telur masak kicap ( page 160)

Hidangan yang kedua ini pula actually menu biasa kami sekeluarga. Saya dapat resepi dari mertua saya. Agak mudah juga. Namun dalam resepi Chef Hanieliza, ada beberapa bahan tambahan seperti sos tomato. Dan beliau juga tidak menyatakan untuk mengguna kicap manis atau kicap masin. So saya telah memilih menggunakan kicap manis. Dan result ok juga. Dan paling simple setakat ini.

Kategori: Senangnya memasak telur dan tauhu (1/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Kerabu Nenas (page 169)

Kalau di negeri Perak, kami mengelarkan hidangan ini Jelatah. So, ini juga mudah disediakan. Namun saya telah menggantikan cili merah dengan Capsicum Merah kerana saya lebih suka rasa Capsicum yang mentah. Ok senang dan tidak perlu diperap. Sama seperti yang selalu saya buat.

Kategori: Senangnya memasak Kerabu (1/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Sambal Gesek (page 212)

Ok. Sambal yang first time saya dengar namanya. Dan first time juga saya belajar yang menggunakan ikan bilis untuk dimakan mentah2. Selalu ikan bilis kalau sayalah mesti dimasak samada goreng dsbgainya. Penyediaannya saya tak sukaaaa sgt! Kena tumbuk. huargghh!!! Mak tak sker tumbuk sambal uolss!! Mau je Mak blend tadi. Tapi disebabkan mai kekalkan keaslian resepi itu, Mak pon tumbuk. Huarghh nyampahh Mak. Mak kasi remeh walaupon ia senang je. Tapi result dia amat sedap. Cubalah. Sedap weiiih. Serius.

Kategori: Senangnya memasak Sambal (1/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Arghh Remeh!

Dan malam ini kami sekeluarga menyukai pilihan menu kali ini. Sedap!

Yeah ada 356 resepi untuk dicuba!!!!!!