Cabaran hari pertama : 4 March 2013

Saya telah mencuba 2 resepi dari Buku Chef Hanieliza. Sila refer entry di sini.

Malam ini saya telah berjaya memasak Stew Daging & Bayam Tumis. Start pukul 8.30 malam selesai pukul 9.30 malam.

image
Bayam Tumis. (page 193)
Cara yang amat mudah untuk wanita bekerja. Penyediaan bahan mengambil masa dalam 15 mins manakala memasak dalam 15 mins juga. Saya rekomen resepi ini untuk wanita bekerja.

Kategori: Senangnya memasak sayur (1/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Stew Daging (page 90)
Ulasan saya untuk Stew Daging pula..penyediaan juga mudah. Dalam 10 minit saya boleh menyediakan semua bahan. Namun bila memasak, part tunggu daging empuk agak leceh sket. Ia bergantung dengan jenis bahagian daging yang kita pilih. Saya memilih eye rib rasanya. Agak lambat jugak nak empuk. Dalam sejam jugak. Itupun Aman dah bising..”lambatnyee Mama masak nih”.
Tapi keseluruhan saya puas hati sbb Aman & Azam makan dengan banyak. En. Zama? Tak tahu lagi respon dia. Belum makan lagi hehhe.

Kategori: Senangnya memasak daging (1/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Sederhana

Sekian.