Nasi Kerabu Elita

Ye, saya suka makan nasi kerabu. Kenapa? Sbb dia banyak sayur. So, di sini saya turunkan resepi yang saya pelajari dari sebuah laman web setelah lama mengodek-godek nya dan resultnya sungguh marbeles!

Bahan A (Kuah Tumis)
6 Biji Bawang merah
4 Biji Bawang putih
2 cm halia
1 batang serai (dit*t*k)
Santan (1 biji atau 1 kotak-kalau guna santan kotak)
Cili Boh

Cara Memasak
1. Bawang merah, halia & bawang putih diblend
2. Tumis sehingga naik bau
3. Setelah masak atau naik kuning, campurkan cili boh sesedap rasa, nak pedas boleh bubuh banyak-banyak
4. Masukkan serai
5. Kacau dan tunggu sebati
6. Masukkan santan
7. Masak, tambah air jika hendak cair, tambah garam secukup rasa
8. Masak sehingga sepekat yang diingini

Bahan B (Sayur)
Kobis
Kacang Panjang
Serai
Daun Kesum
Bunga Kantan
(potong kesemua sesuka hati punya size)
Bahan C – Ikan kerisik
Kerisik
Ikan Kembung seekor

Cara Memasak
1. Rebus ikan kembung dengan halia, asam keping dan garam sehingga masak
2. Blend dengan kerisik
3. Taraa.. dah jadi leh makan

Bahan D
Budu – dibancuh dengan limau + cili + bawang (kalau suka)
Sambal Cili – Blend + mix dengan cuka & air suam (ikut sesuka hati)
Kerisik

Cara Hidangan
Saya pakai nasik putih je, tak sker kaler-kaler. Pastu campur je kesemua bahan ke dalam nasik dan bolehlah makan. Boleh ditambah dengan additional menu seperti telur masin, ayam goreng, solok lada, dan apa-apa yang anda rasa boleh menyedapkan lagi rasanya.

Sekian, terima kasih. Selamat Mencuba

Nescafe Dispenser again!

Ya, kami di Majlis **** Malaysia telah berjaya mendapatkan Nescafe Dispenser hasil kerjasama semua orang. Seronok sbb majoriti menang. Bak kata Obama sapa yang benar-benar layak mampu menghasilkan sesuatu (ke saya yang cakap begitu?) Kejayaan kami ini sebenarnya telah diraikan pada minggu pertama selepas cuti hari raya. Dan sekarang genap 3 bulan kami berbangga dengan Nescafe Dispenser kami. Bukan mudah untuk sesebuah NGO untuk merasai kemudahan ini. Ya seperti anda maklum, NGO adalah  badan bukan kerajaan, yang objektif utama penubuhannya .. kebanyakan nya la untuk berkebajikan dan membantu mengikut spesifikasi mereka. Kami tidak mengambil untung. Malah memang tidak ada untung untuk bekerja dengan kami, namun sejak 6 bulan lepas selepas sebuk bertungkus lumus menyiapkan Strat Plan kami, kami menghadapi cabaran baru iaitu RESTRUCTURING yang amat memenatkan. Ya, kalau RESTRUCTURING pelbagai perubahan akan dibuat, dan secara ikhlasnya sejak saya menyertai organisasi ini, ini merupakan RESTRUCTURING yang ke-3, bagi staff yang lain mungkin berpuluh-puluh kalinya. Dan Ya, kami semua semakin bosan dan demotivated kecuali bagi mereka yang baru saja menyertai ataupun kami panggil BUTTER. Ya mereka semua memBUTTER Bahku Teh. Dan semestinya Bahku Teh amat menyenanginya sekali. Apa yang menarik kali ini adalah tangga gaji yang naik hampir 50% dari gaji sekarang. Namun bagi saya, kepuasan bekerja dengan senang hati pilihan utama, gaji tidak dinafikan semua mahu gaji banyak, tapi kata Encik Zama kalau gaji besar responsiblity juga besar. Tapi bagi saya, saya suka gaji besar, tapi kije macam TeaLady pon okay. Bes kan. Ya RESTRUCTURING ini, membolehkan kita memilih apa saja position yang kita inginkan, perlu diinterview kembali, namun mana saja position anda, gaji anda tetap kekal sama atau akan dinaikkan. Saya jadi TeaLdy sungguh senang. Guna Nescafe Dispenser, dengan gaji sekarang alhamdullilah, naik 20% lagi Alhamdullilah, 30% lagi bersyukur banyak-banyak.

Kembali ke cerita asal.

So, pilihan hanya 3 saja, Milo, Kopi Susu, Teh Susu. Tapi tetap bersyukur kerana tidak perlu lagi risau akan susahnya nak minum, nak pergi kedai mamak beli ke, buang duit (tapi saya suka menum air kosong saja, boleh abes 2 botol Penguin Dispenser + ngan 1.9L Tupperware punya bottle) hahaha

Sejak accident, pagi-pagi pergi kije Encik Zama anta. Sampai Bukit Jalil Hamid, tumpang Cik Ida (Ofismate saya yang muda + single + comei + kurus + orang johor + bawak kelisa Special Edition + Plat Johor + tgh sambung degree in IT + boleh tekel woo) Terima kasih Cik Ida.

Best sebab boleh bermesra dengan Encik Zama dan Encik Aman, boleh breakfast ngan Cik Ida dan tak payah drive hahahaha. Tak bes.. tiada . tak perlu merungut, bersyukur je Alhamdullilah.

PENGADUAN POLIS (TRAFIK)

PENGADU BERKATA:

PADA 6.11.2008 LEBIH KURANG 9.30 AM, SEMASA SAYA SEDANG MEMANDU KERETA @#$ 1234 DARI PUCHONG MENGHALA KE SENTUL. APABILA SAMPAI DI JALAN MAHAMERU, SEBUAH KERETA NO $%^ 4461 TELAH MELANGGAR BELAKANG KERETA SAYA DAN KERETA SAYA TE;AH TERTOLAK KE HADAPAN LALU KERETA SAYA TELAH TERLANGGAR KERETA HADAPAN NO. $%^ 3706.

KEROSAKAN KERETA SAYA PADA BAHAGIAN HADAPAN BUMPER, LAMPU, BONET DAN BAHAGIAN BELAKANG BUMPER, LAMPU, BONET, MUDGURAD. LAIN-LAIN KEROSAKAN BELUM DIPASTIKAN LAGI

perhatian: ini merupakan karangan yang perlu dibuat ketika laporan. sama je standardnye. boleh tiru punya