Ye, saya suka makan nasi kerabu. Kenapa? Sbb dia banyak sayur. So, di sini saya turunkan resepi yang saya pelajari dari sebuah laman web setelah lama mengodek-godek nya dan resultnya sungguh marbeles!
Bahan A (Kuah Tumis)
6 Biji Bawang merah
4 Biji Bawang putih
2 cm halia
1 batang serai (dit*t*k)
Santan (1 biji atau 1 kotak-kalau guna santan kotak)
Cili Boh
Cara Memasak
1. Bawang merah, halia & bawang putih diblend
2. Tumis sehingga naik bau
3. Setelah masak atau naik kuning, campurkan cili boh sesedap rasa, nak pedas boleh bubuh banyak-banyak
4. Masukkan serai
5. Kacau dan tunggu sebati
6. Masukkan santan
7. Masak, tambah air jika hendak cair, tambah garam secukup rasa
8. Masak sehingga sepekat yang diingini
Bahan B (Sayur)
Kobis
Kacang Panjang
Serai
Daun Kesum
Bunga Kantan
(potong kesemua sesuka hati punya size)
Bahan C – Ikan kerisik
Kerisik
Ikan Kembung seekor
Cara Memasak
1. Rebus ikan kembung dengan halia, asam keping dan garam sehingga masak
2. Blend dengan kerisik
3. Taraa.. dah jadi leh makan
Bahan D
Budu – dibancuh dengan limau + cili + bawang (kalau suka)
Sambal Cili – Blend + mix dengan cuka & air suam (ikut sesuka hati)
Kerisik
Cara Hidangan
Saya pakai nasik putih je, tak sker kaler-kaler. Pastu campur je kesemua bahan ke dalam nasik dan bolehlah makan. Boleh ditambah dengan additional menu seperti telur masin, ayam goreng, solok lada, dan apa-apa yang anda rasa boleh menyedapkan lagi rasanya.
Sekian, terima kasih. Selamat Mencuba