Sekali lagi saya telah dilanggar oleh budak-perempuan-tengah-sekolah-cina-kaya dari belakang. Kali ini agak teruk sehingga menyebabkan saya mengambil MC dan kereta kesayangan saya masuk hospital untuk 12 hari (dan tatau sebenarnya sampai bila). Yang pasti sakit badan dan sakit hati, tak sampai 2 bulan dilanggar lagi dan sekali lagi akibat menggunakan telefon ketika memandu dan paling tak bes sekali adalah saya dilanggar ketika saya sungguh berhati-hati memandu. Amat kecewa nya saya dengan mutu pemanduan rakyat Malaysia.
Pengalaman menyebabkan Kuala Lumpur mengalami kesesakan yang teruk bukanlah satu pengalaman yang manis. Ini kerana terpaksa menyebabkan Encik Zama lambat sampai ke tempat kejadian. Dan juga berada di tepi jalan di tengah-tengah Kuala Lumpur bersama-sama kereta yang teruk dilanggar juga bukanlah pengalaman yang manis. Pemandu-pemandu Malaysia yang prihatin, sangat prihatin, sanggup memperlahankan pemanduan mereka kerana ingin mengambil berat kejadian yang menimpa rakan-rakan pemanduan yang terdampar bersama-sama kereta mereka di tepi jalan. Aduh!
Dan paling menarik, pelanggar (betui ker) itu dikenakan saman RM300 dan saya pula terdengar yang kita boleh membayar RM100 sebagai duit kopi untuk polis bagi mengeluarkan report dengan segera, kalau tidak lagi lamalah kereta akan di bengkel terdampar. Saya tanya Encik Zama, halalkah duit itu? berdosakah kita? bagaimana ya? Encik Zama menjawab, berdosa & tidak halal tapi nak buat macamana, gaji mereka kecil, perlu menagih duit kopi bagi menambah pendapatan yang agak cukup-cukup maka itu saja, hidup di Bandaraya KL. oh ya! Begitu ya Encik Zama. Baiklah. Dosanya jadi polis makan duit kopi. Jangan ye kawan2. wakakaka
Sekian, terima kasih.
Terima kasih untuk Encik Zama, muahs