Ya, kami di Majlis **** Malaysia telah berjaya mendapatkan Nescafe Dispenser hasil kerjasama semua orang. Seronok sbb majoriti menang. Bak kata Obama sapa yang benar-benar layak mampu menghasilkan sesuatu (ke saya yang cakap begitu?) Kejayaan kami ini sebenarnya telah diraikan pada minggu pertama selepas cuti hari raya. Dan sekarang genap 3 bulan kami berbangga dengan Nescafe Dispenser kami. Bukan mudah untuk sesebuah NGO untuk merasai kemudahan ini. Ya seperti anda maklum, NGO adalah badan bukan kerajaan, yang objektif utama penubuhannya .. kebanyakan nya la untuk berkebajikan dan membantu mengikut spesifikasi mereka. Kami tidak mengambil untung. Malah memang tidak ada untung untuk bekerja dengan kami, namun sejak 6 bulan lepas selepas sebuk bertungkus lumus menyiapkan Strat Plan kami, kami menghadapi cabaran baru iaitu RESTRUCTURING yang amat memenatkan. Ya, kalau RESTRUCTURING pelbagai perubahan akan dibuat, dan secara ikhlasnya sejak saya menyertai organisasi ini, ini merupakan RESTRUCTURING yang ke-3, bagi staff yang lain mungkin berpuluh-puluh kalinya. Dan Ya, kami semua semakin bosan dan demotivated kecuali bagi mereka yang baru saja menyertai ataupun kami panggil BUTTER. Ya mereka semua memBUTTER Bahku Teh. Dan semestinya Bahku Teh amat menyenanginya sekali. Apa yang menarik kali ini adalah tangga gaji yang naik hampir 50% dari gaji sekarang. Namun bagi saya, kepuasan bekerja dengan senang hati pilihan utama, gaji tidak dinafikan semua mahu gaji banyak, tapi kata Encik Zama kalau gaji besar responsiblity juga besar. Tapi bagi saya, saya suka gaji besar, tapi kije macam TeaLady pon okay. Bes kan. Ya RESTRUCTURING ini, membolehkan kita memilih apa saja position yang kita inginkan, perlu diinterview kembali, namun mana saja position anda, gaji anda tetap kekal sama atau akan dinaikkan. Saya jadi TeaLdy sungguh senang. Guna Nescafe Dispenser, dengan gaji sekarang alhamdullilah, naik 20% lagi Alhamdullilah, 30% lagi bersyukur banyak-banyak.
Kembali ke cerita asal.
So, pilihan hanya 3 saja, Milo, Kopi Susu, Teh Susu. Tapi tetap bersyukur kerana tidak perlu lagi risau akan susahnya nak minum, nak pergi kedai mamak beli ke, buang duit (tapi saya suka menum air kosong saja, boleh abes 2 botol Penguin Dispenser + ngan 1.9L Tupperware punya bottle) hahaha
Sejak accident, pagi-pagi pergi kije Encik Zama anta. Sampai Bukit Jalil Hamid, tumpang Cik Ida (Ofismate saya yang muda + single + comei + kurus + orang johor + bawak kelisa Special Edition + Plat Johor + tgh sambung degree in IT + boleh tekel woo) Terima kasih Cik Ida.
Best sebab boleh bermesra dengan Encik Zama dan Encik Aman, boleh breakfast ngan Cik Ida dan tak payah drive hahahaha. Tak bes.. tiada . tak perlu merungut, bersyukur je Alhamdullilah.