Restoran Anwar Roda Baru Ayam Kampung – Bandar Bukit Puchong

20131230_133028

Gambar dari kamera saya

Sabtu lepas, saya berkesempatan untuk Order, Pack and Go! di Restoran Anwar Roda Baru Ayam Kampung di Bandar Bukit Puchong. Kedai ini terletak berhampiran dengan Kedai Nasi Ayam Tuan Faridah, Bandar Bukit Puchong.

Landmark, di area TESCO Bandar Bukit Puchong. Belakang dia ya.

First impression, mak oiii banyak nye lauk diaaa.. hahha sbb saya datang dalam pukul 11.50 am. Dorang masih menyiapkan masakan. Serius banyak pilihan weeii. Masakan kampung la senang kata.

Saya hanya membungkus saja kerana di rumah developer sedang membaiki claims yg kita org buat.

Saya bungkus 3 ekor ayam goreng kampung, tempe goreng, kuah daging kawah, kuah kari ayam, kerabu kacang botol dan kerabu mangga sekali dengan Nasi putih 2 bungkus & Nasi Ayam 1 bungkus. Total damage: RM37++

Review saya & En. Zama: Saya suka kuah kari ikan dia. Sedap. Tapi kuah daging kawah dia En.Zama cakap berlemak sgt. Kerabu kacang botol sedap gak tapi PEDASS.. ok lah. Ayam kampung mcm biasa marbeless.

Aman & Azam: Aman makan nasi ayam dia habis juga manakala Azam diet tanak makan nasi, nak makan nugget. kenalah mama dia gorengkan nugget dia hahaha

Gambar tak sempat amik, tapi saya google jumpa blog ini: http://tailim.blogspot.com/2012/01/anwar.html

Terima kasih ya Tuan Blog. Pinjam gambar. ehehe

DSCF3705 DSCF3717 DSCF3720

 

Share This Post

Alissara Thai Cuisine – Puchong Perdana

Resoran ini diperkenalkan oleh suami saya dan antara restoran masakan Thai kegemaran saya.

image

Menurut cerita suami saya, asalkan kedai ini warung kecil je..kemudian bila banyak sambutan maka dibuka menjadi restoran.

Selalunya saya akan menelefon dahulu, kemudian sampai ambil &  bayar. Senang kan?!

Tukang masaknya diimport khas dari Thai dan masakannya mmg asli Thai. Kalau kita makan kat Amarin Thai ke, Flying chilies ker ini mmg sama je rasanya. Tapi versi yng tak semahal restoran Thai yang mahal itu.

Harganya kalau ikut standard dia ni agak mahal namun berpatutan. Lihat gambar menu berikut.

image

image

image

image

Selalu saya beli x lebih dari RM30. Paling mahal pon arini RM30 dapat 3 bungkus nasi putih, tomyam, sup kosong, ayam goreng kunyit, telur dadar (2), green bean with prawn.Suami saya suka makan nasi goreng ketam dia. saya suka tomyam dia. hehehe. Yummm

image

Mengkham take away RM6.50

Rating by elita.my

Rasa: 4.5/5
Kebersihan: 4/5
Variasi: 4/5
Harga: $$$$
OPG!: Available

Dikarang dari telefon comel ku

Share This Post

Restoran Kawanku – Puchong Utama

Kali ini saya nak kasi review pula pasal Restoran Kawanku di Puchong Utama. Lokasi berhampiran dengan MyMydin dan Aeonbig Puchong Utama. Dia ada banyak cawangan juga. Rasanya dalam 3-4 kot. Pernah nampak

image

Di sini menyediakan masakan Thai & Melayu. Malam ini kami memilih untuk duduk diluar dan telah memesan Nasi Kukus sebagai hidangan dinner. Untuk A&A pula, kami telah memesan nasi putih, ayam goreng kunyit & telur dadar plus sup kosong.

image

image

Servis ok, cepat juga, namun rasa biasa2 je. Tapi aritu penah try mkn tomyam, kailan ok jugak.

Kita tgk muka2 pemakan untuk kali ini hahaha!!

image

image

image

Rating by elita dot my:

Rasa: 2/5
Kebersihan: 2/5
Harga: $$$
OPG!: Takde

sekian.

Dikarang dari telefon comel ku

Share This Post

Restoran Half Moon – Sri Kembangan

Hari ini saya nak buat review tentang Restoran Half Moon yang terletak di Sri kembangan.

image
image

Suami saya yang memperkenalkan restoran ini. Malam tadi baru tapau dari Restoran ini. Kalau tapau saya selalu beli 2 bungkus je sbb portion mcm 4 orang makan. Alhamdullilah. Murah rezeki dorang kalau kekalkan portion macam tu.

Selalu saya order Royal Chicken mandy. Satu bungkus RM13. So 2 bungkus dapat RM26. Dapat nasi, sayur, salsa, humus, dan sup kambing kosong plus Ayam Gril. Sedap.

Restoran ini agak pack waktu weekends. Agak kurang weekdays malam. hahha

Semalam berkesempatan berkenalan dengan owner dia. Tak silap nama dia Puan Faridah. Dia buka restoran ini hampir 5 tahun lepas. Itupon selepas berkahwin dengan suami dia org Arab. Dia asalnya bekerja dengan banyak restoran atau bidang masakan. antaranya Dunkin Donut. dia cite lah semalam. kemudian last sekali kerja ngan restoran Arab, terus bertemu jodoh dengan orang Arab. so bermula lah journey dia dengan dunia Pak arab dia.

 Rating by elita.my:
Rasa: 4/5
Kebersihan: 3.5/5
Harga: $$$


OPG!: kena order kat kaunter

Alamat:

Restoran Half Moon

9-1, Jalan SP 2/8, Taman Serdang Perdana, Seksyen 2, Seri Kembangan, Serdang, 43300

Dikarang dari telefon comel ku

Share This Post

Restoran Tuan Faridah – Puchong

Restoran Tuan Faridah – Puchong merupakan salah satu cawangan Restoran Hassan Ayam Kampung yang popular di Taipan, USJ.

Kedai ini banyak cawangan dia, ada kat Awan Besar, ada kat Putra Height, Shah Alam, Cheras, Kampung Baru dan banyak lagi di lembah Klang ni. Most of the places kami dah jengah. Nanti saya update kalau kitaorg pergi lagi.

Kedai dia buka dari Isnin to Ahad and cuti hari Jumaat. Kitaorg selalu pergi weekends je. Aman akan cakap “Nak makan nasik, tulur, kuah pedas & ayam”. Maka dengan itu Encik Zama akan bawak gi kedai ini. Dekat je ngan rumah.

Harga dia agak mahal sedikit dengan kedai makan yang setaraf dengannya. Harga seekor ayam kampung goreng dalam RM4.30 seketul. Suami saya suka makan kat sini.

Selalu kami 4 beranak makan 3 ketul ayam goreng, nasi 3 +1/2 pinggan, kuah, sayur2 plus air dalam RM23-28 la. Sbb kitaorg tak amik macam2. Yang kita nak makan je. Nanti saya postkan gambar contoh apa kitaorg amik selalu.

Rating by elita.my

Rasa: 4/5
Kebersihan: 3/5
Harga: $$$$
Variasi: 3/5
OPG!: n/a

 

Share This Post