Restoran Half Moon – Sri Kembangan

Hari ini saya nak buat review tentang Restoran Half Moon yang terletak di Sri kembangan.

image
image

Suami saya yang memperkenalkan restoran ini. Malam tadi baru tapau dari Restoran ini. Kalau tapau saya selalu beli 2 bungkus je sbb portion mcm 4 orang makan. Alhamdullilah. Murah rezeki dorang kalau kekalkan portion macam tu.

Selalu saya order Royal Chicken mandy. Satu bungkus RM13. So 2 bungkus dapat RM26. Dapat nasi, sayur, salsa, humus, dan sup kambing kosong plus Ayam Gril. Sedap.

Restoran ini agak pack waktu weekends. Agak kurang weekdays malam. hahha

Semalam berkesempatan berkenalan dengan owner dia. Tak silap nama dia Puan Faridah. Dia buka restoran ini hampir 5 tahun lepas. Itupon selepas berkahwin dengan suami dia org Arab. Dia asalnya bekerja dengan banyak restoran atau bidang masakan. antaranya Dunkin Donut. dia cite lah semalam. kemudian last sekali kerja ngan restoran Arab, terus bertemu jodoh dengan orang Arab. so bermula lah journey dia dengan dunia Pak arab dia.

 Rating by elita.my:
Rasa: 4/5
Kebersihan: 3.5/5
Harga: $$$


OPG!: kena order kat kaunter

Alamat:

Restoran Half Moon

9-1, Jalan SP 2/8, Taman Serdang Perdana, Seksyen 2, Seri Kembangan, Serdang, 43300

Dikarang dari telefon comel ku