Restoran Anwar Roda Baru Ayam Kampung – Bandar Bukit Puchong

20131230_133028

Gambar dari kamera saya

Sabtu lepas, saya berkesempatan untuk Order, Pack and Go! di Restoran Anwar Roda Baru Ayam Kampung di Bandar Bukit Puchong. Kedai ini terletak berhampiran dengan Kedai Nasi Ayam Tuan Faridah, Bandar Bukit Puchong.

Landmark, di area TESCO Bandar Bukit Puchong. Belakang dia ya.

First impression, mak oiii banyak nye lauk diaaa.. hahha sbb saya datang dalam pukul 11.50 am. Dorang masih menyiapkan masakan. Serius banyak pilihan weeii. Masakan kampung la senang kata.

Saya hanya membungkus saja kerana di rumah developer sedang membaiki claims yg kita org buat.

Saya bungkus 3 ekor ayam goreng kampung, tempe goreng, kuah daging kawah, kuah kari ayam, kerabu kacang botol dan kerabu mangga sekali dengan Nasi putih 2 bungkus & Nasi Ayam 1 bungkus. Total damage: RM37++

Review saya & En. Zama: Saya suka kuah kari ikan dia. Sedap. Tapi kuah daging kawah dia En.Zama cakap berlemak sgt. Kerabu kacang botol sedap gak tapi PEDASS.. ok lah. Ayam kampung mcm biasa marbeless.

Aman & Azam: Aman makan nasi ayam dia habis juga manakala Azam diet tanak makan nasi, nak makan nugget. kenalah mama dia gorengkan nugget dia hahaha

Gambar tak sempat amik, tapi saya google jumpa blog ini: http://tailim.blogspot.com/2012/01/anwar.html

Terima kasih ya Tuan Blog. Pinjam gambar. ehehe

DSCF3705 DSCF3717 DSCF3720