Part 2: Mendaftar Perniagaan secara Online – Pemilikan Tunggal (Sole proprietorship)

Ini merupakan sambungan bahagian ke-2 panduan mendaftarkan syarikat enterprise anda melalui online atau atas talian.

Setelah anda berjaya mendaftarkan diri di myGovernment, sekarang anda dikehendaki untuk mendaftar di SSM pula.

1. Sila lawati Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mendaftarkan diri anda. Anda dinasihatkan untuk menggunakan pelayar “Google Chrome” dari “Internet Explorer”. 

2. Kemudian klik ‘e-lodgement’ icon untuk mendaftar

elodgement

 

Setelah itu anda akan dibawa ke e-lodgement dan silalah pilih “Application for Business Name Approval” seperti yang saya highlight di bawah ini.

ROB1

Link itu akan membawa anda ke myGovernment login page seperti di bawah ini.

daftar1

 

Jika anda sudah mendaftar, sila masukkan butiran yang dikehendaki. Jika belum anda boleh merujuk review/panduan yang telah saya sediakan di Part 1.

Setelah berjaya login, ia akan ke “myPage”

page-edited

 

Saya telah blank butiran saya. Namun jika anda telah mendaftar, anda akan dapat lihat butiran anda dengan jelas sekali. Setelah itu sila klik “Online Service Directory” di bawah MyGov Services seperti di bawah ini.

Mygovservices

 

Link ini akan membawa anda ke Online Services Directory page dan anda bolehlah mula mencari borang “Application for Business Name Approval” dari mana-mana search button yang telah disediakan contohnya:

  • Online Services A to Z
  • Search Online Services
  • Online Services by Topics
  • Online Services by Lifecycle
  • Online Services by Government Agencies(A to Z)

Online Services

 

 

 

 

Kemudian “search” page akan muncul seperti di bawah ini. Anda boleh taip “Application for Business Name Approval” di dalam kotak yang disediakan dan klik “SEARCH SERVICES”search

type

Dan result akan keluar seperti yang kita kehendakiresultsearch

Pilih “SSM – Application for Business Name Approval”results

Ini kerana sebelum kita hendak mendaftar, SSM telah mensyaratkan bahawa nama perniagaan yang dikehendaki tidak digunakan oleh mana-mana syarikat lain. Anda boleh menggunakan Nama seperti di IC (RM30) atau nama perniagaan seperti “UPIHDAUN RESOURCES” (RM60).

approval

Di sini, anda dikehendaki untuk mendaftar dengan SSM pula. Klik di “SSM – Application for Business Name Approval (ROB)” dan ia akan membawa anda ke page lain and sila lah klik “Online Services” seperti di bawah ini.

Online

Kemudian klik OK di Acrobat page di bawah ini. Jika PC anda sudah ada software “Acobat Reader” maka bolehlah proceed dengan OK button, namun jika tidak ada, silah-lah ye install Acrobat Reader ini dahulu. Process nya sangatlah mudah seperti ABC.

Acrobat

Dan anda akan berada di page pendaftaran nama ROB seperti di bawah ini. Anda akan diberi userid, tarikh tamat tempoh (jika sudah mendaftar) etc. Contoh di bawah ini.

ssmonline

Kemudian sila scroll down hingga anda jumpa “Step 1” dan klik “open form” dan pilih “ROB”seperti di bawah ini.

ROB2

openform

 

Ok, isi borang, dan buat klik finish.

Oh ya. Di sini anda dinasihatkan menggunakan pelayar Google Chrome ya. Setelah berjaya membuka form itu, anda sekali lagi dikehendaki untuk klik lambang “PDF” yang kecil di ruangan “web address” bagi membolehkan anda mengisi borang ini. Sila lihat gambar di bawah ini. Dan klik “Open in Adobe Reader” and “Done”

pdf_small pdf_big

Sila klik “Finish” untuk menghantar borang anda.submit

Submit

Kemudian, anda dikehendaki untuk membayar RM5 bagi proses pendaftaran ini. Anda boleh memilih untuk membayar menggunakan kredit/debit card atau pindahan bank. Saya memilih pindahan bank sila lah pilih “FPX Transaction”. Ikut arahan dan bayar. Email pengesahan pembayaran akan dihantar ke email anda.

fx

Kemudian isi borang untuk mendaftar nama syarikat. Form akan keluar seperti di bawah ini. Anda sila-silalah mengisi borang dan sediakan nama yang diingin, jika ingin menggunakan nama seprti di IC, isikan saja nama penuh anda, atau ingin mengunakkan nama perniagaan, isikan saja dahulu. Jika nama anda telah digunakan oleh business lain, borang anda akan dikembalikan, dan anda boleh mengulangi step ini sehingga nama anda diluluskan. Tips: Sila letak “Enterprise”, “Resources”, “Online” atau seangkatannya. Bukan Sdn Bhd yer, itu consider yg ada income melebihi RM berapa saya tak pasti.

form1

Sila klik “Finish” untuk menghantar borang anda. Ulangi jika nama anda telah direject (akibat ada org dah gunalah).

submit

 

Submit

Dari borang yang saya baca, SSM akan menghantar email pengesahan ke alamat email yang didaftarkan. Namun tidak pada kes saya, di mana saya telah memeriksa status saya di page myGovernment under “My Transaction” dalam masa 3 hari bekerja. Jika berjaya, anda ada 30 hari untuk register business anda.

transaction1

Jika sudah berjaya maka kita perlu mengisi borang ROB pula. Itu akan masuk part 3 pulak lah. Sekian.