Restoran Tuan Faridah – Puchong merupakan salah satu cawangan Restoran Hassan Ayam Kampung yang popular di Taipan, USJ.
Kedai ini banyak cawangan dia, ada kat Awan Besar, ada kat Putra Height, Shah Alam, Cheras, Kampung Baru dan banyak lagi di lembah Klang ni. Most of the places kami dah jengah. Nanti saya update kalau kitaorg pergi lagi.
Kedai dia buka dari Isnin to Ahad and cuti hari Jumaat. Kitaorg selalu pergi weekends je. Aman akan cakap “Nak makan nasik, tulur, kuah pedas & ayam”. Maka dengan itu Encik Zama akan bawak gi kedai ini. Dekat je ngan rumah.
Harga dia agak mahal sedikit dengan kedai makan yang setaraf dengannya. Harga seekor ayam kampung goreng dalam RM4.30 seketul. Suami saya suka makan kat sini.
Selalu kami 4 beranak makan 3 ketul ayam goreng, nasi 3 +1/2 pinggan, kuah, sayur2 plus air dalam RM23-28 la. Sbb kitaorg tak amik macam2. Yang kita nak makan je. Nanti saya postkan gambar contoh apa kitaorg amik selalu.
Rating by elita.my
Rasa: 4/5
Kebersihan: 3/5
Harga: $$$$
Variasi: 3/5
OPG!: n/a