Cabaran hari ke 5: 8 March 2013

Walaupon saya kena jaga anak kurang sihat, saya tetap memasak kerana barang dah ada kat rumah. Rugi plak tak guna kan. Nasiblah dorang tidur, boleh masak.

Oleh kerana tak sempat nak g pasar, saya guna saja bahan yang ada di rumah. Yang menariknya buku ini, kebanyakan bahan yang digunakan adalah yang senang dicari. Itu sgt menarik dan memudahkan kerja terutamanya wanita yang kerja part time jadi suri rumah ni hehehe.

So, menu untuk hari ini 2 jenis saja.

image

Kubis Masak Lemak

Sayur ini kalau ikut resepi dan stail mak saya mesti bubuh asam keping untuk sesuaikan rasanya. Namun tiada dalam resepi ini. Dia cuma menggunakan udang kering sebagai penambah perisa. Tapi terus terang saya sker kalau ada asam sedikit.

Kategori: Senangnya memasak sayur (5/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Stew Ayam

First time masak. Rasa sedap. hehehe. Mudah pasti nak buat lagi.

Kategori: Senangnya memasak Ayam (4/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

Sekian untuk malam ini. Maka dengan ini Mak ada 351 lagi resepi untuk dihabiskan. hahahhaa sanggupkah?

Cabaran hari ke 4: 7 March 2013

Waduh.. sudah hari keempat Mak masak ikut resepi Chef Hanieliza.

Cabaran sungguh namun amat berterima kasih dengan En.Zama kerana amat memahami & tolong jaga anak2.

Masakan untuk hari ini..

image

Singgang Ikan

Resepi ini actually diajar oleh mak mertua saya masa mula2 kawen dulu. Namun resepi itu tak guna bawang merah. Chef Hanieliza guna. Mak saya pon ada ajar saya resepi ini. Tapi Perak tak guna Lengkuas. So resepi ini sebenarnya hampir sama tapi berbeza.

Review saya..senang disediakan.

Kategori: Senangnya memasak ikan (1/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Kubis goreng

Mudah namun mengelirukan. Dalam gambar ada gambar udang. Bahan juga ditulis “100 gram udang”, namun arahan memasak pula menyatakan “isi ayam”. Tidak ada pula udang di mana2 arahan. So publisher pls take note ya. Mak guna udang sbb ikut senarai bahan.

Kategori: Senangnya memasak sayur (4/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Ayam masak gajus

Haaa saya tak pernah masak pon. First time. tak sangka senang nak masak tapi agak remeh sbb kena prepare satu2. First kena goreng ayam, gajus, cili kering etc..

Tapi masa untuk memasak yg sebenar sekejap saja. Tapi betul ke hanya guna sos tomato & sos tiram je? Agak musykil tapi Mak ikut je resepi..ok jadi. tapi tak berapa suka rasanye hehhee..

Kategori: Senangnya memasak Ayam (4/23 jenis)Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Sederhana

Sekian.

Saya ada 353 resepi lagi untuk dicuba

Cabaran hari ke 3: 6 March 2013

Ok, hari ini saya masih lagi mampu mengikut rancangan saya untuk mencuba buku resepi Chef Hanieliza. Ini kerana di muka hadapannya berbunyi ” Gerenti jadi”. So saya sahut cabaran itu.

Makan malam hari ini saya telah memilih 4 jenis menu.

image

Sup Ayam ( page 43)

Ini merupakan menu yang selalu saya masak untuk family saya. Dan favorite saya juga. Selalunya saya akan menggunakan rempah sup atau sup bunjut untuk menyediakan hidangan ini.

Namun kerana saya ingin menyahut cabaran Chef Hanieliza, saya telah meniru bulat2 arahan yang diberikan.

Apa yang boleh saya katakan. Mengagumkan! Kenapa? Kerana resepi ini tidak menggunakan rempah sup atau sup bunjut seperti kebiasaan. Hanya rempah ratus biasa seperti cengkih, kayu manis etc. Dan hasilnya sama seperti menggunakan rempah sup tapi lebih sedap. Bravo lah! Ya dan amat mudah sekali yer.

Kategori: Senangnya memasak ayam (2/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Telur masak kicap ( page 160)

Hidangan yang kedua ini pula actually menu biasa kami sekeluarga. Saya dapat resepi dari mertua saya. Agak mudah juga. Namun dalam resepi Chef Hanieliza, ada beberapa bahan tambahan seperti sos tomato. Dan beliau juga tidak menyatakan untuk mengguna kicap manis atau kicap masin. So saya telah memilih menggunakan kicap manis. Dan result ok juga. Dan paling simple setakat ini.

Kategori: Senangnya memasak telur dan tauhu (1/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Kerabu Nenas (page 169)

Kalau di negeri Perak, kami mengelarkan hidangan ini Jelatah. So, ini juga mudah disediakan. Namun saya telah menggantikan cili merah dengan Capsicum Merah kerana saya lebih suka rasa Capsicum yang mentah. Ok senang dan tidak perlu diperap. Sama seperti yang selalu saya buat.

Kategori: Senangnya memasak Kerabu (1/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Sambal Gesek (page 212)

Ok. Sambal yang first time saya dengar namanya. Dan first time juga saya belajar yang menggunakan ikan bilis untuk dimakan mentah2. Selalu ikan bilis kalau sayalah mesti dimasak samada goreng dsbgainya. Penyediaannya saya tak sukaaaa sgt! Kena tumbuk. huargghh!!! Mak tak sker tumbuk sambal uolss!! Mau je Mak blend tadi. Tapi disebabkan mai kekalkan keaslian resepi itu, Mak pon tumbuk. Huarghh nyampahh Mak. Mak kasi remeh walaupon ia senang je. Tapi result dia amat sedap. Cubalah. Sedap weiiih. Serius.

Kategori: Senangnya memasak Sambal (1/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Arghh Remeh!

Dan malam ini kami sekeluarga menyukai pilihan menu kali ini. Sedap!

Yeah ada 356 resepi untuk dicuba!!!!!!

Cabaran hari ke 2: 5 March 2013

Malam ini saya telah mencuba 3 jenis resepi lagi dari buku 1hari 1resepi.

image

Sup Cendawan (page 204)

Penyediaan dlm 10 mins
Masak: 18 mins.

Rasa dia macam biasa lah. Tapi saya lagi suka kalau ditambah dengan halia. baru ade hump! Aman tak suka. Dia cakap tak shidap Mama. tapi Azam laju je disuap ke mulut hahahhaa. En. Zama kata tawar sket dan ade rasa cheese.. urmm manakha dtgnyer?

 

Kategori: Senangnya memasak sayur (2/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Pajeri Nenas (page 200)

penyediaan: 10 mins
Masak: 20 mins

Ok, rasa dia agak sedap juga. Tapi saya rasa Mak saya ajar lain sket. Cara yang ditunjukkan dalam buku ini sangatlah mudah untuk memasak Pajeri Nenas. Selalu kita fikir nak masak Pajer Nenas remeh kan? Tidak lagi dengan tunjuk ajar Chef Hanieliza dalam buku ini. Aman & Azam x makan nih. En. Zama cakap ok.(sedaplah tu)

Kategori: Senangnya memasak sayur (3/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Ayam goreng Serai (page 17)

Penyediaan: 10 mins
Masak: 15 mins perap + 15 mengoreng.

Satu lagi resepi yang Aman tak suka. Mungkin dia tak suka rasa serai itu. Azam macam biasa, sedap je. En.Zama? Pon dia cakap ok(selalu ok tu sedaplah  hehe)Saya kurangkan cili padi kerana ada budak bawah umur di rumah. Mungkin kalau lagi pedas lagi sedap kot. Tapi mudah juga. Blend then perap skejap lepas goreng siap. Takyah susah-susah sangat. Sesuai juga kalau kita perapkan semalaman kemudian balik kerja terus goreng.

Kategori: Senangnya memasak ayam (2/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

 

Yay!! ada lagi 360 masakan to go!

Cabaran hari pertama : 4 March 2013

Saya telah mencuba 2 resepi dari Buku Chef Hanieliza. Sila refer entry di sini.

Malam ini saya telah berjaya memasak Stew Daging & Bayam Tumis. Start pukul 8.30 malam selesai pukul 9.30 malam.

image
Bayam Tumis. (page 193)
Cara yang amat mudah untuk wanita bekerja. Penyediaan bahan mengambil masa dalam 15 mins manakala memasak dalam 15 mins juga. Saya rekomen resepi ini untuk wanita bekerja.

Kategori: Senangnya memasak sayur (1/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Stew Daging (page 90)
Ulasan saya untuk Stew Daging pula..penyediaan juga mudah. Dalam 10 minit saya boleh menyediakan semua bahan. Namun bila memasak, part tunggu daging empuk agak leceh sket. Ia bergantung dengan jenis bahagian daging yang kita pilih. Saya memilih eye rib rasanya. Agak lambat jugak nak empuk. Dalam sejam jugak. Itupun Aman dah bising..”lambatnyee Mama masak nih”.
Tapi keseluruhan saya puas hati sbb Aman & Azam makan dengan banyak. En. Zama? Tak tahu lagi respon dia. Belum makan lagi hehhe.

Kategori: Senangnya memasak daging (1/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Sederhana

Sekian.