2014 is coming soon

Bagaimanakah 2013 anda? 2013 saya dimulai dengan akibat pneumonia. Alhamdullilah sihat sekarang. Dan diakhiri dengan Aman nak masuk darjah 1.

Selalunya tahun baru, azam baru pon akan keluar. hahahha. Azam saya untuk luangkan lagi masa dengan keluarga juga tercapai. Namun tahun 2014, saya berhasrat untuk lebihkan lagi dengan pulang ke rumah on time. so banyak lagi masa untuk menyediakan juadah untuk keluarga tercinta. Kemudian bersama2 En.Zama membantu Aman dengan homeworknya.

Azam untuk mencari kerja yang flexi tidak tercapai, namun kerja sekarang pun hampir sama dengan flexinya. Bolehlah kot tercapai. hehehe. Alhamdullilah. Bersyukurlah dengan aturan-Nya. Dia lebih mengetahui segalaNya.

Dan untuk perkembangan kerjaya, saya merasakan bahawa perlu lebih strict. Terlalu baik, orang pijak kepala kita. Buat kawan, kita di’bitch’kan. Kerja tetap kerja. So nak kerja lebih tegas tahun 2014. No more so so performance. Terlalu baik, respek hilang.

Ya, kebanyakan kita azam paling utama nak jadi kaya dan banyak duit. Bagi saya itu bukan azam. Itu cita-cita. Betul tak? Tak betul tak apa. Subjektif. Dalam segi kewangan..apa yang ingin saya azamkan pada 2014 kalau boleh nak bayar hutang2 duniawi. Kalau boleh dah tanak hutang apa2 kecuali hutang rumah yang bertahun2 tak habis. Azam tahun 2013, banyakkan menyimpan juga tercapai. Walau tak banyak tapi ada juga simpanan untuk anak2 dan kegunaan rumah. Diharap tahun 2014, lagi banyak boleh disimpan. Oh ya saya juga nak bayar hutang puasa saya. Aritu dah bayar separuh. Lagi separuh ni.

Untuk tahun 2014 saya nak beli mesin jahit dan red wagon radio flyer. Nampak tak materialistik itu masih ada. Hahahhaa!!

Ini azam untuk tahun islam saya.link di sini

Elita

Blogging boleh buat duit ka?

Itulah kenyataan beberapa orang blogger di dunia kebloggan ni (err.. adakah kebloggan??)

Realiti memang boleh. Contoh jika kita google berlambak yg dulu kerja professional skang berhenti kerja berblog.

Apa yang wajib ada pada seorang blogger?

Pendapat saya yang menulis ala kadar ini adalah..seorang blogger perlulah ..diemphasiskan di sini..yang paling utama…perlulah pandai berbicara di alam maya. Kerana ‘kepetahan’ mereka mampu membuat orang melekat membaca. Mereka perlu kreatif dan berfikiran di luar kotak. Bukan hanya di luar kotak namun perlu diikat kotak itu agar tidak akan lari ke mana-mana. yikss

Kemudian mereka perlulah mahir atau arif ttg dunia blog yang mereka pilih. Antaranya..membuat ulasan produk, kereta, craft, acara masak memasak malahan gossip artis pon mampu menarik minat org ramai.

Saya? Saya tidak mampulah nak menjadi blogger. Kreatif saya tak bertempat. Nah skang tgh update blog ni sebab tengah tunggu dinner yang ditempah.

Hah..dah siap tempahan. Bye

Elita

Homemade corndog

 

wpid-C360_2013-12-14-19-03-40-375.jpg

Hari ini saya cuba untuk membuat corndog untuk makan petang. First attempt tau. Macam buruk hasilnya, tapi sedap hahaha. Bahan guna je yg ada kat umah kecuali cornmeal je kena beli. Lain mmg sedia ada

Bahan-bahan

1 1/2 cawan yellow cornmeal
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/4 cawan gula (boleh kurangkan)
1 1/2 cawan susu (buttermilk kalau resepi asal)
1 sudu kecil madu
1/4 sudu kecil garam
1 biji telur (kacau)
1 sudu minyak

image

Cara membuatnya

1. Campurkan cornmeal, tepung, baking powder, gula, garam dan kacau sehingga sebati.

image

2. Campurkan bahan liquid seperti telur, susu, madu, minyak ke dalam campuran tepung tadi.

3. Kacau sehingga sebati. Adunan lebih pekat daripada aduan pancakes.

image

4. Transfer ke dalam gelas yang tinggi.

5. Masukkan sosej ke dalam adunan gelas tersebut. Pastikan adunan tepung melekat dengan banyak.

wpid-storagesdcard0PhotoEditor2013-12-14-19.36.11.png.png

image

image

6. Bahagian yang paling mencabar. Acara menggoreng. Sangatlah tricky. sbb saya guna kuali biasa. First time besar sebelah. Kemudian kali ke dua hangit sebelah. So berusahalah anda untuk mendapatkan hasil yang cantik. Saya punya agak buruk tapi sedap.

wpid-storagesdcard0PhotoEditor2013-12-14-19.44.03.png.png wpid-storagesdcard0PhotoEditor2013-12-14-19.46.00.png.png wpid-storagesdcard0PhotoEditor2013-12-14-19.47.08.png.png wpid-storagesdcard0PhotoEditor2013-12-14-19.47.40.png.png

 

Yummm..habis 10 batang hahhahahaa

Elita

Galaxy Gift: Personalised Plate

Jika anda seorang yang gemarkan kelainan, anda boleh mencuba untuk mendapat personalised signboard plate untuk diri anda.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM59.90 sehingga RM79.90. Additional cost jika berminat untuk menukarkan color font anda sebanyak RM10.

Jangka masa untuk disiapkan adalah dalam 5-10 minit saja.

Kedai ini anda boleh lawati di Mid Valley, tingkat 3. Ia berhadapan dengan Hinode Shop.

image

image

image

image

image

Cabaran Minyak: The Finale

Maka setelah hampir 2 bulan setengah saya cuba melihat minyak petrol yang manakah yang mampu pergi jauh di area Klang Valley yang mencabar ini, result adalah seperti berikut:

Tempat Pertama: Shell Unleaded Ron 95 Fuel Save

KM – 460.1KM
RM: 57.94
Liter: 27.59Liter
Days to last: 7 October 2013 to 18 October 2013

Tempat kedua: Petron Blaze Ron 95

KM – 442.2 KM
RM: 59.92
Liter: 28.535 Liter
Days to last: 29 October 2013, am to 11 November 2013, am (mcm lama, tapi banyak cuti Deepavali & Awal Muharram)

Tempat Ketiga:
 PETRONAS Primax 95

KM – 440.5 KM
RM: 60.05
Liter: 28.597 Liter
Days to last: 11 November 2013 to 21 November 2013

Tempat keempat: Caltex Premium 95 With Techron

KM – 433.3 KM
RM: 58.83
Liter: 28.01 Litre
Days to last: 21 November 2013 to 2 December 2013

Tempat kelima: BHpetrol infiniti Ron 95

KM – 415.5 KM
RM: 63.75
Liter: 30.35 Liter
Days to last: 18 October 2013  to 29 October 2013

Kereta saya hanya Kelisa 1.0 ehehehe. Itu sebab jumlah RM tak akan melebih RM65 untuk isian penuh.

Sekian, untuk kali ini. Anda boleh bagi saya cadangan untuk saya meng’review’ produk lain pula. HIhihihihi