2014 is coming soon

Bagaimanakah 2013 anda? 2013 saya dimulai dengan akibat pneumonia. Alhamdullilah sihat sekarang. Dan diakhiri dengan Aman nak masuk darjah 1.

Selalunya tahun baru, azam baru pon akan keluar. hahahha. Azam saya untuk luangkan lagi masa dengan keluarga juga tercapai. Namun tahun 2014, saya berhasrat untuk lebihkan lagi dengan pulang ke rumah on time. so banyak lagi masa untuk menyediakan juadah untuk keluarga tercinta. Kemudian bersama2 En.Zama membantu Aman dengan homeworknya.

Azam untuk mencari kerja yang flexi tidak tercapai, namun kerja sekarang pun hampir sama dengan flexinya. Bolehlah kot tercapai. hehehe. Alhamdullilah. Bersyukurlah dengan aturan-Nya. Dia lebih mengetahui segalaNya.

Dan untuk perkembangan kerjaya, saya merasakan bahawa perlu lebih strict. Terlalu baik, orang pijak kepala kita. Buat kawan, kita di’bitch’kan. Kerja tetap kerja. So nak kerja lebih tegas tahun 2014. No more so so performance. Terlalu baik, respek hilang.

Ya, kebanyakan kita azam paling utama nak jadi kaya dan banyak duit. Bagi saya itu bukan azam. Itu cita-cita. Betul tak? Tak betul tak apa. Subjektif. Dalam segi kewangan..apa yang ingin saya azamkan pada 2014 kalau boleh nak bayar hutang2 duniawi. Kalau boleh dah tanak hutang apa2 kecuali hutang rumah yang bertahun2 tak habis. Azam tahun 2013, banyakkan menyimpan juga tercapai. Walau tak banyak tapi ada juga simpanan untuk anak2 dan kegunaan rumah. Diharap tahun 2014, lagi banyak boleh disimpan. Oh ya saya juga nak bayar hutang puasa saya. Aritu dah bayar separuh. Lagi separuh ni.

Untuk tahun 2014 saya nak beli mesin jahit dan red wagon radio flyer. Nampak tak materialistik itu masih ada. Hahahhaa!!

Ini azam untuk tahun islam saya.link di sini

Elita

Leave a Reply