Itulah kenyataan beberapa orang blogger di dunia kebloggan ni (err.. adakah kebloggan??)
Realiti memang boleh. Contoh jika kita google berlambak yg dulu kerja professional skang berhenti kerja berblog.
Apa yang wajib ada pada seorang blogger?
Pendapat saya yang menulis ala kadar ini adalah..seorang blogger perlulah ..diemphasiskan di sini..yang paling utama…perlulah pandai berbicara di alam maya. Kerana ‘kepetahan’ mereka mampu membuat orang melekat membaca. Mereka perlu kreatif dan berfikiran di luar kotak. Bukan hanya di luar kotak namun perlu diikat kotak itu agar tidak akan lari ke mana-mana. yikss
Kemudian mereka perlulah mahir atau arif ttg dunia blog yang mereka pilih. Antaranya..membuat ulasan produk, kereta, craft, acara masak memasak malahan gossip artis pon mampu menarik minat org ramai.
Saya? Saya tidak mampulah nak menjadi blogger. Kreatif saya tak bertempat. Nah skang tgh update blog ni sebab tengah tunggu dinner yang ditempah.
Hah..dah siap tempahan. Bye
Elita