Pengalaman SHOPPING di Lazada

Lazada merupakan online shopping mall yang sudah bertapak di Malaysia setahun lepas. Macam-macam news yang saya dengar tentang website ini. Ada yang baik, namun banyak yang negative.

So saya telah bercadang untuk mencuba membeli barangan di Lazada ini. Saya tidak dibayar oleh Lazada pon. Macamlah blog saya ni popular sangatkan hahahaha

So, saya mulakan journey saya dengan melawati laman web Lazada.

Lazada main page

Saya mencari Kuali Happycall. Harga di Jusco RM399 with 30% discount = RM279.30.

So saya menggunakan kotak search untuk mencari barang yang dikehendaki.

Search

Taip “Happycall”. Jumpa result 2 jenis. So pilihlah yang mana berkenan di hati. Disebabkan saya sudah tengok keadaannya dulu (kena survey dulu..itu penting..rasa pegang baru tahu ok ke tak) so saya telah memilih Happycall Double Sided Pan 32CM – RM89. ok tak?

happycall

Kemudian kita klik di gambar yang dikehendaki, satu windows baru akan terbuka.hahha

Order

Jika anda ingin membeli lagi silalah pilih “close and continue shopping”, jika tidak sila pilih “Proceed to Checkout”. Jikan anda sudah habis bershopping, anda boleh bila-bila masa untuk checking cart anda di Cart

Cart

Setelah itu, anda akan dibawa ke page yang baru iaitu pembayaran.

email

Jika anda adalah pelanggan terdahulu Lazada, anda boleh memilih “I already an account”. Namun anda boleh juga teruskan pembayaran sebagai Guest, account tidak perlu didaftarkan.

Saya tidak ada akaun, maka saya telah memilih “Continue without password”. Oleh kerana saya tidak mempunyai akaun dengan Lazada, saya dikehendaki untuk mengisi butiran penghantaran di laman yang baru.  Klik “Continue”Name

Kemudian anda dikehendaki untuk memilih cara pembayaran yang dikehendaki. Antara Credit Card, Call on Delivery, Online Banking ataupun Paypal. Saya telah memilih Cash on Delivery. So, saya hanya klik “Place Your Order”.

cashondelivery Creditcard meben Pal-Pal

Email pengesahan akan dihantar ke alamat email yang telah diberikan semasa process “checkout” terdahulu.

COD

 

Tapi delivery saya FREE. yay!! So, mudahkan? Tapi bagi saya gak risky sbb kalau kita order dari Amazon, dia ada 15 minit blok time, iaitu tempoh di mana kita boleh berubah fikiran untuk cancel order kita. Di Lazada tidak ada, dan saya rasa pihak Lazada boleh menambaik baik dengan mempertimbangkan fungsi “review/cancel my order” seperti yang Amazon.

So, kembali ke topik kita, anda hanya perlu pihak Lazada menghubungi anda untuk proses penghantaran pula.

Saya telah menerima email pengesahan penghantaran keesokan harinya. Ok, setakat ini sangat bagus. Efisen.

happycall

 

ok, bersama-sama email ini juda diberikan “track no#” untuk kita mengesan status penghantaran kita. Sila guna nombor ini dan periksalah status barangan anda itu di laman web Lazada di “Order tracking”

tracking order

tracking

Masukkan no yang diberi dan alamat email anda (yang anda daftarkan dengan Lazada sahaja). Klik “check now”.

ordertrack

Saya punya semasa check ditulis telah dihantar ke warehouse tukang hantar itu. So sila ambik no tracking yang diberi dan copy dan paste nombor sahaja. A itu dilupakan. Pihak Lazada telah menggunakan pihak courier untuk menghantar barang saya ini. Pihak Courier Yamato Transport (M) Sdn Bhd. Lawatilah web itu untuk melihat status barangan anda. Website seperti di bawah.

yamato

Kemudian pilih TA-Q-Bin Collect
yamato1

Di page baru, sila cari icon seperti ‘Track Your Delivery’ seperti di bawahdelivery

Page baru seperti di bawah ini. Status barang anda akan disenaraikan. So anda boleh lah follow up dengan Pihak Courier jika barang anda masih lagi belum selamat sampai di tangan anda.

complete

Saya telah menerima panggilan dari pihak courier pada pukul 10.30 pagi hari Selasa, 16 October 2013 untuk menghantar barangan saya. 15 October kan hari raya haji, so tiada penghantaran akan dilakukan pada festive season yer adik-adik.

So pihak kourier telah menghantar barang saya, dan saya telah membayar semasa penerimaan barang tersebut. Lihat gambar di bawah ini sebagai buktinya. yiks.

20131016_121655

 

Slip penghantaran

20131016_121704

Abang tukang hantar kira duit. Dan ini dia barang saya. Yaaahaaa

20131016_122434

Ini pulak barang yang diterima. ok kan?

image
image

Pengalaman saya shopping dengan Lazada sangatlah boleh dikategori sebagai senang dan boleh dipercayai.

Sekian.