Setelah anda berjaya mendaftarkan diri di laman web CTOS (maksudnya telah berjaya mendapatkan USER ID) anda sudah berjaya untuk memeriksa laporan CTOS anda.
Sekarang anda perlu untuk login ke laman web CTOS dahulu.
1. Sila ke laman web: https://ctosid.ctos.com.my/ctosid/Login
Masukkan login dan kata laluan anda di kotak yang disediakan.
Setelah berjaya login, satu page baru akan muncul sebagai pengesahan anda di laman web ini. Nama penuh anda sepeti di IC akan muncul. Jika betul anda boleh teruskan dengan klik nama itu, jika tidak sila hubungi pihak CTOS dengan segera dengan ‘logout’ segera.
Page baru akan dipaparkan. Sila buat pilihan anda dengan bijak ehehhe. Untuk melihat laporan CTOS anda sila pilih “Do Self Check”
Page Terms & Condition akan keluar, dan sila klik button “Do Self Report” di bahagian bawah sekali.
Satu laman pengesahan akan dipaparkan. Sila masukkan kata laluan anda dan klik “Submit CTOS Self Check”.
Setelah itu, laman pengesahan untuk view report CTOS anda akan dipaparkan. Sila klik “CTOS Self Check successfully. Click here to view”
Dan anda boleh la melihat CTOS report anda seperti di bawah ini.
kalau tiada apa-apa maknanya, Laporan anda bersih. kalau ada yang meragukan sila hubungi pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.
Anda juga akan menerima satu email pengesahan dan bersama-sama email ini, laporan anda akan disertakan.
Mudah bukan? Anda boleh lakukan di rumah juga dalam masa kurang dari 24 jam. Selamat mencuba
Sekian.