Akhirnya Abg Najib tersayang telah mengumumkan belanjawan 2010. [kenapala kita guna Bajet yer, kata nak memartabatkan bahasa melayu, ini meomputehkan bahasa melayu adalah ishh.. ish..]. Banyak duit yang telah dimasukkan di dalam belanjawan kali ini. Sebanyak RM191.5 bilion. Mengikut perancangan yang telah dibuat terdapat 3 strategi utama telah dirangka untuk belanjawan kali ini. Bertemakan 1Malaysia, Kemakmuran bersama, 3 strategi tersebut adalah; 1. duit yang dilaburkan boleh membantu negara menjana kembali ekonomi supaya lebih tinggi pendapatan negara la kiranya 2. pembangunan holistik dan mapan 3. kebajikan rakyat [seperti biasa-lah].
Belanjawan kali ini merupakan siri yang terakhir dalam Rancangan Malaysia Ke-9 namun merupakan belanjawan dansulung Abang Najib untuk kita semua.
Pendekatan yang dibuat kali ini bolehlah saya simpulkan agak tersembunyi dan mengambil hati rakyat. ok-lah. barula mesra rakyat tapi sembunyi tu kureng sket.
Saya suka pendekatan “BUmi Hijau” yang diperkenalkan. bagus bagus. terutamanya cyberjaya dan putrajaya akan menjadi bandar teknologi hijau. Yay Yay nanti kita tgklah smer kaler coklat tu tuko hijau hihihihi. 1.5 bilion diperuntukan untuk usaha ini. Mungkin dalam bentuk pinjaman dan sebagainya. Namun, saya harap jangan hangat taik ayam dah lah, teruskan je usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat dan juga menghijaukan Malaysia. Yeh, Zainal Abidin boleh nyanyi balik la lagu dia – “Bumi yang .. apa lupa .. hijau”
Dan juga bagaimana PM kita ini telah memberi tumpuan kembali kepada ICT – i like! Baguslah ada juga inisiatif PM untuk mecepatkan speed internet kita yang semakin hari semakin slow namun harga semakin mahal.
Dan juga tabik juga la sbb ada juga khas untuk pelajar2 di Malaysia, namun kenapa hanya 30 orang, ramai lagi pelajar di Malaysia ini yang akan bijak pandai, letak 1,000 ke ok sket. takpe lama-lama jadi bukit.
Industri halal juga menjadi tumpuan kali ini. Tabik Spring!!! walaupon halal tu ada kena mengena jugak dengan menantu Pak Lah, namun halal tu penting untuk membina sahsiah diri masyarakat Islam. Dan mungkin mampu membangunkan kawasan2 yang telah dikenalpasti sebagai halal hub seperti kelantan dan 2 lagi kawasan saya lupa.
PM kita juga tidak melupakan usaha yang telah diperkenalkan oleh Pak Lah iaitu memberi peruntukan untuk memajukan industri pertanian. Bagus gak ye, Pak Lah dia sokong, Dr. M pon dia sokong.
Dan paling menarik cukai dikenakan untuk kad kredit dan kad caj. RM50 untuk kad utama, Rm25 untuk kad sampingan. Saya masih tak faham sapa yang akan membayar cukai ini. Pengguna atau bank?
EPF kembali kepada 11%, tapi tak memberi kesan sbb saya memang masih 11%. Tak tuka pon. Pelepasan Cukai pendapatan dari RM8k dinaikkan kepada RM9k, EPF dan insurans dinaikkan dari RM6k kepada RM7k.
Tiada isu naik cukai kat rokok, alkohol seperti biasa. Mungkin sbb rokok batu je dinaikkan cukai dia aritu menyebabkan BAT bising. GST pula di peringkat akhir penilaian sebelum diperkenalkan, maka belum lagi lah dilaksanakan tahun 2010. Tapi ayat PM tadi mcm nak ada je ura-ura tu.
Ok la. itu saja la komen saya. Ini merupakan komen ke 2 saya untuk belanjawan, aritu Pak Lah punya, skang Abg Najib punya. hihihihihi. Abg Najib punya banyak sket pembaharuan, tapi entah la, apa nama pembaharuan tu. Kita saksi dan lihat.