Maxis vs Celcom

Wow, kalau kita buat research ttg kedua-dua TELCO ni macam2 yang akan diperolehi. Antaranye, Maxis lagi teruk la dari Celcom, Celcom customer service dia teruk, Maxis ok dan sebagainya.

Maka di sini, saya ingin pula menulis pula lah mengenai pengalaman saya yang tak seberapa ini.

Mula-mula tu, mengenai plan suara (direct translation ni)

Saya pengguna Maxis dari mula-mula saya menggunakan telefon bimbit (huhuuuhu bimbit ye, bukan mudah alih). Masa mula-mula beli tu kira Maxis di antara simcard yang paling mahal la. Kira RM200++ untuk service tu, skang RM10 pon boleh dapat (terima kasih kepada DIGI di atas kerajinan mereka mempromosi harga rendah – jasamu tetap dikenang). So, saya jenis agak setia la, kalau dah guna satu tu, mmg liat la nak tukar yang lain (kecuali pada beg, kasut, dan barang-barang pukal perempuan hihihi).  Dan rasa ketika itu Maxis juga la paling best ditambah kesemua ahli keluarga saya adalah pengguna Maxis. Maka lagi liat la nak tukar.

Namun, masa bercinta dengan En.Zama adalah percintaan yang paling mahal sebb En. Zama pengguna CELCOM. masa itu jugaklah (DIGI belum lagi agresif masa tu pulak ish ish), maka sms kitaorang sgt lah mahal rasa 20 sen satu sms ke 30 sen ker ntah la tapi mahal la, melambung la bil. hahahhaha. Lepas kawen baru slow sbb sms tidak berapa diperlukan. hahhahahaa. So far, bagi saya Maxis ok je, cmer pricey sket compare dengan CELCOM (menurut En. Zama la). Tapi saya kol adik badik saya lama mana pon tetap murah sbb sama company. So far apa yang saya boleh cakap saya puashati la. Nak tukar tu kena pikir la sket. Customer Service dia ok je kalau saya minta solutions. Cuma kadang-kala tu musim perayaan dia agak NGONG sket. Mula error connection la, tapi selalunye error connection la. hehehe

Kedua, Jalur Lebar(broadband hahahhaa)

Saya pengguna Celcom Broadband, cuma bayar RM20 sebulan jer. Kenapa? Sbb menggunakan En. Zama punya perkhidmatan. Sbb En. Zama adalah pengguna Streamyx dan tak ingat, taun lepas kot Celcom ada promotion tuk pengguna Streamyx, tambah RM20 boleh dapat broadband punya sim. Namun keputusan ini dibuat setelah saya mencuba Maxis Broadband sebelum itu dan keputusannya amatlah mengecewakan. Slow, rumah tak da coverage, mahal lak tu (rasanye masa tu RM98 sebulan) dan juga kontrak. Saya masa tu org Maxis suruh try sbb pengguna Maxis yang berdisplin la kunun (ye woo bayar bil selalu ontime). So, selepas try dlm 5 hari, ambil keputusan pulangkan balik, dan ketika itu juga En. Zama mencadangkan agar mengambil Celcom Broadband. Hasilnya, so far ok la, sbb tak guna sangat kat rumah, sbb kat rumah guna wireless je, cuma kalau balik kg atau mana2 gi cuti baru guna. Puas hati je.

Ketiga, Beri²

Blackberry service (Maxis vs Celcom). Baru² ni dorang fight pulak untuk Beri² Curve 8250 dan hasil dari penyelidikan tak rasmi yang saya buat, Maxis sangatlah mahal dan tidak berbaloi, Celcom murah dari Maxis dan berbaloi². Tapi kalau kita bukan pengguna Celcom atau baru je guna Celcom kurang dari 12 bulan (setahun la tu), maka kita kena tambah 300 untuk servicenya. Tapi memang Maxis mahal sket la.

Tapi ismadi cakap dia akan tukar Celcom lepas plan dia abes dengan Maxis sbb dia tanak kayakan Ananda Krishnan. hahahha. Arini dalam sokaba, EPF beli saham maxis kot. So kena balik la, tak sure, rasanya macam tu kot.

eh alamak dah 6 pm. time to sign off. tak sempat abeslah, takpe la, terima kasihla membaca hasil yang tak seberapa ini. hahahhahahaha

Leave a Reply