Cabaran hari ke 2: 5 March 2013

Malam ini saya telah mencuba 3 jenis resepi lagi dari buku 1hari 1resepi.

image

Sup Cendawan (page 204)

Penyediaan dlm 10 mins
Masak: 18 mins.

Rasa dia macam biasa lah. Tapi saya lagi suka kalau ditambah dengan halia. baru ade hump! Aman tak suka. Dia cakap tak shidap Mama. tapi Azam laju je disuap ke mulut hahahhaa. En. Zama kata tawar sket dan ade rasa cheese.. urmm manakha dtgnyer?

 

Kategori: Senangnya memasak sayur (2/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Pajeri Nenas (page 200)

penyediaan: 10 mins
Masak: 20 mins

Ok, rasa dia agak sedap juga. Tapi saya rasa Mak saya ajar lain sket. Cara yang ditunjukkan dalam buku ini sangatlah mudah untuk memasak Pajeri Nenas. Selalu kita fikir nak masak Pajer Nenas remeh kan? Tidak lagi dengan tunjuk ajar Chef Hanieliza dalam buku ini. Aman & Azam x makan nih. En. Zama cakap ok.(sedaplah tu)

Kategori: Senangnya memasak sayur (3/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Ayam goreng Serai (page 17)

Penyediaan: 10 mins
Masak: 15 mins perap + 15 mengoreng.

Satu lagi resepi yang Aman tak suka. Mungkin dia tak suka rasa serai itu. Azam macam biasa, sedap je. En.Zama? Pon dia cakap ok(selalu ok tu sedaplah  hehe)Saya kurangkan cili padi kerana ada budak bawah umur di rumah. Mungkin kalau lagi pedas lagi sedap kot. Tapi mudah juga. Blend then perap skejap lepas goreng siap. Takyah susah-susah sangat. Sesuai juga kalau kita perapkan semalaman kemudian balik kerja terus goreng.

Kategori: Senangnya memasak ayam (2/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

 

Yay!! ada lagi 360 masakan to go!

Cabaran hari pertama : 4 March 2013

Saya telah mencuba 2 resepi dari Buku Chef Hanieliza. Sila refer entry di sini.

Malam ini saya telah berjaya memasak Stew Daging & Bayam Tumis. Start pukul 8.30 malam selesai pukul 9.30 malam.

image
Bayam Tumis. (page 193)
Cara yang amat mudah untuk wanita bekerja. Penyediaan bahan mengambil masa dalam 15 mins manakala memasak dalam 15 mins juga. Saya rekomen resepi ini untuk wanita bekerja.

Kategori: Senangnya memasak sayur (1/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Stew Daging (page 90)
Ulasan saya untuk Stew Daging pula..penyediaan juga mudah. Dalam 10 minit saya boleh menyediakan semua bahan. Namun bila memasak, part tunggu daging empuk agak leceh sket. Ia bergantung dengan jenis bahagian daging yang kita pilih. Saya memilih eye rib rasanya. Agak lambat jugak nak empuk. Dalam sejam jugak. Itupun Aman dah bising..”lambatnyee Mama masak nih”.
Tapi keseluruhan saya puas hati sbb Aman & Azam makan dengan banyak. En. Zama? Tak tahu lagi respon dia. Belum makan lagi hehhe.

Kategori: Senangnya memasak daging (1/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Sederhana

Sekian.

1 Hari 1 Resepi – 365 Resepi Istimewa Chef Hanieliza

1Hari1Resepi

 

Saya dah tengok resepi di dalam buku ini. Terbahagi kepada 15 kategori iaitu;

  • Resepi Istimewa Chef Hanieliza
  • Senangnya Memasak Ayam – 24 Jenis Masakan
  • Senangnya Memasak Ikan – 24 Jenis Masakan
  • Senangnya Memasak Daging – 23 Jenis Masakan
  • Senangnya Memasak Kambing – 23 Jenis Masakan
  • Senangnya Memasak Masakan Laut – 23 Jenis Masakan
  • Senangnya Memasak Tauhu dan Telur – 23 Jenis Masakan
  • Senangnya Memasak Kerabu dan Salad – 23 Jenis Masakan
  • Senangnya Memasak Sayur –  23 Jenis Masakan
  • Senangnya Memasak Sambal dan Sos – 23 Jenis Masakan
  • Senangnya Memasak Nasi – 23 Jenis Masakan
  • Senangnya Memasak Mi, Mihun dan Kuetiu – 23 Jenis Masakan
  • Senangnya Memasak Makanan Barat – 23 Jenis Masakan
  • Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang – 23 Jenis Masakan
  • Senangnya Memasak Kuih Kukus – 23 Jenis Masakan
  • Senangnya Memasak Puding dan Dessert – 23 Jenis Masakan

Sangat mudah penerangannya dan simple.

So saya bercadang untuk memcuba kesemua resepi yang diberikan. Dan cuba untuk memberi review adakah ia mudah untuk disediakan dan dimasak.

InsyaAllah start minggu depan. Pergi beli buku dulu dan buat perancangan. Harga dalam RM39.90.

Terima kasih pada Ayu kerana bagi pinjam buku ini tadi untuk review. Muahahaha. Chaiyook

Problem that might be encountered adalah saya alergik daging merah, mana mungkin saya akan memasak daging lembu, kambing dan sewaktu dengannyaa hahahaha ciaoo