Entry ini ditulis ketika Azam menunggu giliran untuk berjumpa dengan Dr. Florence.
Dr. Florence adalah Pakar Kanak-kanak atau bahasa mudahnya Paedtrician. Aman & Azam mmg dari kecik jumpa Doktot ini. Lagi aksi Azam di klinik Dr. Florence.
Malam ini Chef Aman sambil dibantu oleh Chef Mama dan diperhatikan oleh Chef Azam telah menyediakan Chocolate Chips Muffin.
Bahan2
250 g tepung gandum
2 tsp Baking Powder
2 tbsp Serbuk koko
1 cubit soda bikarbonat
(bahan2 di atas diayak)
120g gula castor
1/2 cawan cip coklat
(campurkan ke dlm adunan tepung di atas)
200ml susu
1 tsp esen vanilla
1 tepung
1/4 cawan minyak sayur
(dikacau sebati)
Campurkan adunan tepung dan adunan susu. kacau dengan whisk sehingga sebati.
Masukkan adunan Muffin itu ke dalam bekas muffin
taburkan coklat chip untuk hiasan
Bakar selama 15-20 minit dalam oven yang bersuhu 180º celcius (panaskan dahulu sebelum mulakan bacuhan muffin tadi) atau sehingga muffin naik atau lidi yang dicucuk bersih apabila dikeluarkan.
Tadaa siap.
Namun kena improve lagi tekstur agar lebih moist. kena google lagi nih.
Dinner malam ini kami sekeluarga.
Resepi Chicken Chop
2 Ketul Dada Ayam ( lagi sedap guna bahagian peha, tapi malas nak buang tulang saya guna dada)
Tepung
Bread Crumb
Lada Sulah
Garam
•Ayam diketuk2 untuk memudahkan ia masak. Kemudian bersihkan.
•Panaskan kuali dan minyak
•Cara mengoreng: Ayam hendaklah diperap dengan lada sulah. Kemudian tepung dikuti dwngan bread crumb. Kemudian goreng di medium heat 5 mins then terbalikkan untuk sebelah lagi. Bila agak kekuningan bolehlah diangkat.
Gravy sauce
• 1 bawang besar dicincang
• 1/4 sk garam
• 1 sb sos tiram
• 1/4 sk lada hitam
•1/4 sk lada putih
•1/2 sos Worcestershire
•1/2 kicap kipas udang manis
•1/2 tepung
• 1 kiub ayam
•air
Panaskan minyak dan sautè bawang besar sehingga lembut. masukkan tepung dan goreng utk setengah jam. campurkan sos and kiub ayam. masukkan air secukupnya.kacau dengan whisker sehingga mendidih dan thick. siap
Fish & Chips
Fish part
2 ketul ikan cod. tak ingatlah berat dia. beli je kat jusco dah potong2
batter
1 /2 cawan Tepung gandum
1sk Baking powder
1sk lemon zest
lada hitam
garam
1 biji telur
Campur smer dan kacau sehingga sebati
Panaskan minyak
Masukkan ikan yang telah disaluti dengan campuran tepung
Goreng 4 mins tuk kedua-dua belah
Salad
Salad pilihan anda
Dressing
Olive oil
Lemon
Gula
Garam
Madu
Lada hitam
Campur dan blend sehingga sebati.
Mix sayur salad pilihan anda. masukkan dressing. dried cranberries. kacang pilihan anda.
Selamat mencuba
Bahan
Sayur ( Carrot & Daun bawang) dipotong halus
Udang
Cili padi @ merah @ hijau ( mana yg anda suka)
Bawang besar & bawang putih dicincang
Pati ikan bilis
Garam
Nasi putih yang telah disejukkn
Telur
Mozarella & Cheddar Cheese
Cara buat
Goreng telur ala scramble
Asingkan ke dalam pinggan lain
Sautè bawang & cili sehinggga naik bau
Masukkan udang..goreng sekejap
Masuk telur yang belum digoreng lagi
kacau
Masukkan nasi putih & pati ikan bilis & garam
Kacau
Masukkan sayur yang telaah dipotong
Kacau. siap
Make sure ketuhar telah dipanaskan dahulu
Nasi goreng yang telah siap, transferkan kedalam bekas yg sesuai untuk dibakar. pilihan anda.
Carik2 kan mozarella & cheedar ke atas nasi goreng tadi.
Masukkan nasi goreng bersama keju itu ke dalam microvave dan bakar dlm 15 minit 195ºc.
Siap dimasak. boleh makan.
Resepi asal: 5 rencah 5 rasa.