Yay! Mak lang dah masuk wad dah, semasa berita ini ditulis, sudah bukak 4.5 cm. Kemungkinan sket lagi kuar kot. So tambahlah cucu Opah lagi sorang, yay!
Jantina: selagi tak kuar, tidak boleh disahkan ehehe
Yay! Mak lang dah masuk wad dah, semasa berita ini ditulis, sudah bukak 4.5 cm. Kemungkinan sket lagi kuar kot. So tambahlah cucu Opah lagi sorang, yay!
Jantina: selagi tak kuar, tidak boleh disahkan ehehe
Minggu ini, saya dan En. Zama tersayang telah menonton 2 filem iaitu “Picture This” dan “Twilight”. Kedua-dua cerita sama plot iaitu romance budak2 tapi Twilight lebih matang sedikit. Perbezaan yang nyata kerana Twilight adalah berdasarkan novel. Picture this lebih kepada cerita budak-budak syok sendiri (cerita ala-ala cerita keluaran Disney). Manakala Twilight satu cerita romance yang matang bagi saya.
Edward Cullen [Robert Thomas Pattinson] seorang vampire yang romantik sungguh, over protectived. Pattinson dulu berlakon dalam Harry Potter 3 kot, dan kemudian cerita ini.
Nak tahu cerita selanjutnya, sila lah tengok , best tak rugi tengok. Watak Pattinson yang mengambil berat, romantik tu huuuu mcm En. Zama.
Baik, mau tgk lagi, 5 bintang
Akhirnya Abg Najib tersayang telah mengumumkan belanjawan 2010. [kenapala kita guna Bajet yer, kata nak memartabatkan bahasa melayu, ini meomputehkan bahasa melayu adalah ishh.. ish..]. Banyak duit yang telah dimasukkan di dalam belanjawan kali ini. Sebanyak RM191.5 bilion. Mengikut perancangan yang telah dibuat terdapat 3 strategi utama telah dirangka untuk belanjawan kali ini. Bertemakan 1Malaysia, Kemakmuran bersama, 3 strategi tersebut adalah; 1. duit yang dilaburkan boleh membantu negara menjana kembali ekonomi supaya lebih tinggi pendapatan negara la kiranya 2. pembangunan holistik dan mapan 3. kebajikan rakyat [seperti biasa-lah].
Belanjawan kali ini merupakan siri yang terakhir dalam Rancangan Malaysia Ke-9 namun merupakan belanjawan dansulung Abang Najib untuk kita semua.
Pendekatan yang dibuat kali ini bolehlah saya simpulkan agak tersembunyi dan mengambil hati rakyat. ok-lah. barula mesra rakyat tapi sembunyi tu kureng sket.
Saya suka pendekatan “BUmi Hijau” yang diperkenalkan. bagus bagus. terutamanya cyberjaya dan putrajaya akan menjadi bandar teknologi hijau. Yay Yay nanti kita tgklah smer kaler coklat tu tuko hijau hihihihi. 1.5 bilion diperuntukan untuk usaha ini. Mungkin dalam bentuk pinjaman dan sebagainya. Namun, saya harap jangan hangat taik ayam dah lah, teruskan je usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat dan juga menghijaukan Malaysia. Yeh, Zainal Abidin boleh nyanyi balik la lagu dia – “Bumi yang .. apa lupa .. hijau”
Dan juga bagaimana PM kita ini telah memberi tumpuan kembali kepada ICT – i like! Baguslah ada juga inisiatif PM untuk mecepatkan speed internet kita yang semakin hari semakin slow namun harga semakin mahal.
Dan juga tabik juga la sbb ada juga khas untuk pelajar2 di Malaysia, namun kenapa hanya 30 orang, ramai lagi pelajar di Malaysia ini yang akan bijak pandai, letak 1,000 ke ok sket. takpe lama-lama jadi bukit.
Industri halal juga menjadi tumpuan kali ini. Tabik Spring!!! walaupon halal tu ada kena mengena jugak dengan menantu Pak Lah, namun halal tu penting untuk membina sahsiah diri masyarakat Islam. Dan mungkin mampu membangunkan kawasan2 yang telah dikenalpasti sebagai halal hub seperti kelantan dan 2 lagi kawasan saya lupa.
PM kita juga tidak melupakan usaha yang telah diperkenalkan oleh Pak Lah iaitu memberi peruntukan untuk memajukan industri pertanian. Bagus gak ye, Pak Lah dia sokong, Dr. M pon dia sokong.
Dan paling menarik cukai dikenakan untuk kad kredit dan kad caj. RM50 untuk kad utama, Rm25 untuk kad sampingan. Saya masih tak faham sapa yang akan membayar cukai ini. Pengguna atau bank?
EPF kembali kepada 11%, tapi tak memberi kesan sbb saya memang masih 11%. Tak tuka pon. Pelepasan Cukai pendapatan dari RM8k dinaikkan kepada RM9k, EPF dan insurans dinaikkan dari RM6k kepada RM7k.
Tiada isu naik cukai kat rokok, alkohol seperti biasa. Mungkin sbb rokok batu je dinaikkan cukai dia aritu menyebabkan BAT bising. GST pula di peringkat akhir penilaian sebelum diperkenalkan, maka belum lagi lah dilaksanakan tahun 2010. Tapi ayat PM tadi mcm nak ada je ura-ura tu.
Ok la. itu saja la komen saya. Ini merupakan komen ke 2 saya untuk belanjawan, aritu Pak Lah punya, skang Abg Najib punya. hihihihihi. Abg Najib punya banyak sket pembaharuan, tapi entah la, apa nama pembaharuan tu. Kita saksi dan lihat.
Wow, kalau kita buat research ttg kedua-dua TELCO ni macam2 yang akan diperolehi. Antaranye, Maxis lagi teruk la dari Celcom, Celcom customer service dia teruk, Maxis ok dan sebagainya.
Maka di sini, saya ingin pula menulis pula lah mengenai pengalaman saya yang tak seberapa ini.
Mula-mula tu, mengenai plan suara (direct translation ni)
Saya pengguna Maxis dari mula-mula saya menggunakan telefon bimbit (huhuuuhu bimbit ye, bukan mudah alih). Masa mula-mula beli tu kira Maxis di antara simcard yang paling mahal la. Kira RM200++ untuk service tu, skang RM10 pon boleh dapat (terima kasih kepada DIGI di atas kerajinan mereka mempromosi harga rendah – jasamu tetap dikenang). So, saya jenis agak setia la, kalau dah guna satu tu, mmg liat la nak tukar yang lain (kecuali pada beg, kasut, dan barang-barang pukal perempuan hihihi). Dan rasa ketika itu Maxis juga la paling best ditambah kesemua ahli keluarga saya adalah pengguna Maxis. Maka lagi liat la nak tukar.
Namun, masa bercinta dengan En.Zama adalah percintaan yang paling mahal sebb En. Zama pengguna CELCOM. masa itu jugaklah (DIGI belum lagi agresif masa tu pulak ish ish), maka sms kitaorang sgt lah mahal rasa 20 sen satu sms ke 30 sen ker ntah la tapi mahal la, melambung la bil. hahahhaha. Lepas kawen baru slow sbb sms tidak berapa diperlukan. hahhahahaa. So far, bagi saya Maxis ok je, cmer pricey sket compare dengan CELCOM (menurut En. Zama la). Tapi saya kol adik badik saya lama mana pon tetap murah sbb sama company. So far apa yang saya boleh cakap saya puashati la. Nak tukar tu kena pikir la sket. Customer Service dia ok je kalau saya minta solutions. Cuma kadang-kala tu musim perayaan dia agak NGONG sket. Mula error connection la, tapi selalunye error connection la. hehehe
Kedua, Jalur Lebar(broadband hahahhaa)
Saya pengguna Celcom Broadband, cuma bayar RM20 sebulan jer. Kenapa? Sbb menggunakan En. Zama punya perkhidmatan. Sbb En. Zama adalah pengguna Streamyx dan tak ingat, taun lepas kot Celcom ada promotion tuk pengguna Streamyx, tambah RM20 boleh dapat broadband punya sim. Namun keputusan ini dibuat setelah saya mencuba Maxis Broadband sebelum itu dan keputusannya amatlah mengecewakan. Slow, rumah tak da coverage, mahal lak tu (rasanye masa tu RM98 sebulan) dan juga kontrak. Saya masa tu org Maxis suruh try sbb pengguna Maxis yang berdisplin la kunun (ye woo bayar bil selalu ontime). So, selepas try dlm 5 hari, ambil keputusan pulangkan balik, dan ketika itu juga En. Zama mencadangkan agar mengambil Celcom Broadband. Hasilnya, so far ok la, sbb tak guna sangat kat rumah, sbb kat rumah guna wireless je, cuma kalau balik kg atau mana2 gi cuti baru guna. Puas hati je.
Ketiga, Beri²
Blackberry service (Maxis vs Celcom). Baru² ni dorang fight pulak untuk Beri² Curve 8250 dan hasil dari penyelidikan tak rasmi yang saya buat, Maxis sangatlah mahal dan tidak berbaloi, Celcom murah dari Maxis dan berbaloi². Tapi kalau kita bukan pengguna Celcom atau baru je guna Celcom kurang dari 12 bulan (setahun la tu), maka kita kena tambah 300 untuk servicenya. Tapi memang Maxis mahal sket la.
Tapi ismadi cakap dia akan tukar Celcom lepas plan dia abes dengan Maxis sbb dia tanak kayakan Ananda Krishnan. hahahha. Arini dalam sokaba, EPF beli saham maxis kot. So kena balik la, tak sure, rasanya macam tu kot.
eh alamak dah 6 pm. time to sign off. tak sempat abeslah, takpe la, terima kasihla membaca hasil yang tak seberapa ini. hahahhahahaha
Kali ini saya ingin menulis mengenai ‘Goods and Services Tax’ di Malaysia. Bagaimana pelaksanaannya dapat membantu ekonomi negara (yek?) dan serba sedikit kepada kawan-kawan yang ingin mengetahuinya.
GST telah diperkenalkan atau dicadangkan oleh Kerajaan Malaysia dalam Bajet 2005 (ketika itu Pak Lah PM) untuk menggantikan sistem percukaian yang sedia ada sekarang yang terdiri dari 2 jenis cukai iaitu cukai perkhidmatan (service tax) dan cukai jualan (sales tax). Dikatakan GST ini akan menjadi satu sistem yang komprehensif, efisen, transparent dan efektif iaitu dapat meningkatkan tax compliance. (agaklakan).
Jadi apakah yang akan terjadi jika sistem ini diperkenalkan? Adakah ia akan meningkatkan lagi harga barangan di pasaran?
GST merupakan cukai terhadap penggunaan tempatan/domestik. Cukai hanya dibayar kepada barangan/perkhidmatan termasuklah barangan import. Secara umumnya, barangan yang dijual dan perkhidmatan yang diberi di Malaysia dikenakan cukai. Namun pengecualian cukai akan dikenakan berdasarkan sebab² yang tertentu. Contohnya, pengguna perkhidmatan bank yang dikecualikan cukai.
GST yang dikenakan kepada pengguna dikenali sebagai cukai output dan cukai yang dibayar pada pembelian oleh sektor perniagaan dipanggil cukai input.
Selalunya, GST akan dikenakan kepada semua jenis barangan dan perkhidmatan dengan pengecualian kepada beberapa barangan keperluan seperti beras, sayuran, daging, ayam, ikan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan, perbankan, ATM Cards dan insurans nyawa.
Semua orang di Malaysia termasuklah sole proprietors, badan koporat, kelab, pertubuhan, perniagaan dan sekutunya akan dikenalpasti perlu dikenakan GST ini kecuali kerajaan memutuskan sebaliknya. Manakala perusahaan kecil²an akan dikecualikan dengan GST ini.
Bagaimana GST mempengaruhi kita ini, kita, kita yang sedang membaca apa yang saya tulis ini, ya kita, kita la sapa lagi, ha bagaimana?
Jika kita pergi ke restaurant yang jenis ala-ala mamak tu, kira macam pizza hut smer tu termasuklah rokok akan dikenakan GST. Jika kita mendaftar masuk hotel, kita akan dikenakan rate GST bukan lagi 5% cukai kerajaan. Pembelian di supermarket macam GIANT, TESCO, JUSCO dan sekutunya juga akan dikenakan GST. Stesen minyak, parking, toll juga akan dikenakan GST. Pendek cerita pengguna seperti kita ini lah yang akan menanggung cukai tersebut. Ya kita, KITA.
Kenaikan harga juga tidak dapat dijangka peningkatan. Sistem sekarang di mana, 5%-10% cukai perkhidmatan akan digantikan dengan GST 5% dan ke bawah. So, kita tidak akan tahu berapakah ringgit lagi kenaikan yang perlu ditanggung oleh pengguna seperti kita ini.
Seperti contoh;
GST akan digunapakai di setiap fasa barangan itu dikeluarkan dari bahan mentah sehingga ke produk akhir untuk pengguna. Sila lihat contoh di bawah;
RM0.50 – barangan mentah yang akan dikenakan kepada pembekal
RM2.00 – dikenakan kepada pengilang
RM 1.00 – dikenakan kepada pemborong
RM1.50 – dikenakan kepada peniaga
————
RM5.00 – JUMLAH GST yang dibayar untuk barangan
————
Mengambil kira contoh di atas, jika pengilang mengeluarkan 10, 000 unit sebulan, cash flow intuk GST adalah RM5,000 sebulan (RM0.50 x 10,000).
Bagi pemborong, cash flow pula RM25,000 sebulan (RM2.50 x 10, 000 unit)
Bagi peniaga pula, cash flow RM35,000 sebulan (RM3.50 x 10,000 unit).
wahh, kira la berapa ringgit yang akan kita tanggung selepas perlaksanaan GST di Malaysia nanti.
Tapi, jika ke kedai kopi yang sempoi2 tu, gerai burger, kita pergi klinik, hospital, cukai tidak akan dikenakan langsung. Maknanya, ini mungkin dapat memajukan bisnis² gerai burger dengan jayanya. Namun begitu, mungkin harga juga dinaikkan kerana kemungkinan peniaga-peniaga kecil ini juga ditekan oleh peniaga-peniaga besar atau sememangnya mereka tamak.
Namun, tujuan utama GST diperkenalkan di New Zeland, Australia, Singapore dan beberapa lagi negara maju di dunia ini adalah ingin mengurangkan beban kepada rakyat di mana rakyat boleh memilih untuk tidak membeli barangan di kedai yang mahal dan boleh memilih membeli di kedai yang berpatutan. Maknanya memberi kuasa penuh kepada pembeli / pengguna akhir seperti KITA ini supaya peniaga tidak bermaharaja lela adanya. Tapi tatau keadaannya di Malaysia ini kerana kebanyakan yang menindas itu mempunyai pengaruh yang kuat.
Baiklah, sekian saja pembentangan saya. Adakah anda sudah bersedia?
Update: GST akan dikuatkuasa bermula 1 April 2014 pada kadar 6% (Pembentangan Bajet 2014 oleh Najib Tun Razak)