Waffle original bekal Aman

Pagi Isnin yang indah ini, saya telah menyediakan bekal waffles untuk anak-anak. Anak request

wpid-2015-01-26-11.04.45.jpg.jpeg

 

Ini yang dah siap masak – Azam punya

 

wpid-2015-01-26-11.05.58.jpg.jpeg

 

Ini Abang Aman punya.

Resepi “Original Waffles”
(Tiru buku dari mesin yang digunakan)
300g tepung
10g baking powder
Secubit garam
100g unsalted butter
1/2 liter susu segar (saya guna HL)
Gula 70g
2 biji telur

Cara membuatnya
Ayak tepung dan baking powder
Masukkan garam
Masukkan butter
Masukkan susu
Kacau kacau
Masukkan gula

Whisk sampai sebati. Leave for 30 mins. Then boleh gunakan. Saya simpan dalam peti ais. Besok pagi terus masak.

Tekstur dia lembut tak crunch. Tapi so far Aman kata dia suka

Nanti nak cari resepi yg crunch la.
Sekian.

Pizza bekal Aman

image

Ini bekal Aman pagi ini. Ini rupa sebelum dibakar dalam oven. Dah siap lupa nak ambil gambar sebab dah pukul 7. Nanti lambat plak.

Lepas bakar, saya balut dalam plastik supaya dia tak keras.

Resepi
2 ketul roti hotdog (potong 2).
Sos bolognaise (boleh guna readymade atau buat sendiri)
Daging pilihan anda (sosej, chicken loaf, beef peperoni)
Mozarella cheese
Unsalted butter

Cara.
1. Potong roti kepada 2 bahagian
2. Sapukan butter
3. Sapukan sos
4. Letakkan daging seikhlas yg boleh
5. Letakkan cheese seikhlas yg boleh
6. Bakar dalam oven 200°c dalam 8 mins
7. Siap!

Sekian, minggu ni dah 2 kali buat.