Payah..

Payah sungguh untuk bekerja kalau bos itu sangat emosi..
Payah sungguh nak carik kije lain kalau ekonomi itu sangat tidak stabil..
Payah sungguh nak kije kalau bos itu sangat sengal..
Payah sungguh nak carik kije kalau tak dak itu kije kosong..
Payah sungguh nak kije kalau mau itu ikut buku smer kununnya..
Payah sungguh nak kije kalau bos itu kata ikut itu buku tapi dia tak ikut jugak..
Payah sungguh nak kije kalau memang itu payah nak kije..

moral of the story: sesapa ada kije kosong yang tak payah sila hubungi tuan punya blog hahhahaaha

Tag of the day “Bos is always right” kah kah kah

uuuu

uuu lamanya tak mengemaskini blog saya ni. Sibuk sangat agaknya. ehehehe. Tapi agak yang sebenarnya penat dong. BTW last week, saya dan orang² kesayangan saya semuanya pergi berehat di Sunway Lagoon. Berehat ka? Penat ada la lepas balik tu hahahaha. Namun seronok sebab dah lama tak keluarga satu keluarga. Keluarga saya besar apabila dicampurkan dengan suami tercinta, adik² ipar, anak tercinta dan anak² sedara sekali. Semua di cuba. Oh yea minggu ni nak pergi lagi ke sunway lagoon, ya sapa mau ikut boleh join. Boleh dapat 40% tuk setiap tiket. 2 parks (Air & Amusement) RM60 boleh jadi RM36 + RM10(deposit yang boleh diambil balik). Kalau nak all park (RM70 boleh jadi RM42). Namun kanak² bawah 3 tahun masuk nya percuma dong. 3 tahun ke 11 tahun separuh harga ja. Baiklah En. Zama kita pergi berenang lagi yer.

Diarrhea

Sudah 2 hari masuk hari ini, saya cuti. Cuti emergency sbb En. Aman diarrhea. Sian dia. Makan tak lalu, nasib menom dia nak. Skang En. Aman tengah tido. Saya tengah basuh-basuh baju En. Aman yang muntah tu sambil membuat kerja ofis yang agak menimbun. Nasiblah rumah agak berteknologi tinggi (terima kasih untuk En.Zama)

ok, saya mahu mandi

Bila masa free..

Ya bila masa free..bila masa free ya

So update blog je la. En.Zama tgh tgk “Heroes” dia. En. Aman tgh nyenyak dilena Intan. Saya sedang mengemaskini blog sambil mendengar lagu favorite all time – BSB – As Long As U Love Me.

Politik di Perak. Sebagai anak jatimas Perak sejak dilahirkan sehinggalah tahun 1998 (rasanya baru 18 tahun kot umur ni)  kerana terpaksa berhijrah meneruskan pengajian di Selangor sehinggalah sekarang bekerja di Kuala Lumpur dah tinggal di Selangor, saya amat sangat berbangga akhirnya Perak telah menjadi terkenal dengan sangat-sangat yop oii. Bangga sangatlah. Kalau tak orang asik ingat pasal Perak mesti pasal “kejo Yop Kejo” la, bijih timah yang dah berapa timah sangat tu, skang sungguh dasat la. Syabas kepada semua warga ADUN Perak kerana berjaya mencipta kejayaan dalam masa 2009 ini. Excellent!! Mana ada sehebat ini. Kalau boleh ada pilihanraya lagi, mau kena balik Slim, mengundi rosak lagi ni. Tapi heran kenapa panggil undi rosak kalau kita pangkah dedua sekali kan. Maknanya kita amat menyokong kedua-dua calon agar dapat bekerjasama di masa hadapan untuk membangunkan Perak tercinta. Ye la, bak orang dulu-dulu kata, “teamwork” itu amat penting dalam memajukan sesuatu projek, maka dengan mengundi a.k.a memangkah kedua-dua calon menunjukkan sokongan saya kepada Barisan Nasional dan Barisan Alternatif untuk meneraju Perak. Bak masa sekolah-sekolah dulu kena lukis kat mural “Perak No.1”.

Yay Perak No 1.