Bila masa free..

Ya bila masa free..bila masa free ya

So update blog je la. En.Zama tgh tgk “Heroes” dia. En. Aman tgh nyenyak dilena Intan. Saya sedang mengemaskini blog sambil mendengar lagu favorite all time – BSB – As Long As U Love Me.

Politik di Perak. Sebagai anak jatimas Perak sejak dilahirkan sehinggalah tahun 1998 (rasanya baru 18 tahun kot umur ni)  kerana terpaksa berhijrah meneruskan pengajian di Selangor sehinggalah sekarang bekerja di Kuala Lumpur dah tinggal di Selangor, saya amat sangat berbangga akhirnya Perak telah menjadi terkenal dengan sangat-sangat yop oii. Bangga sangatlah. Kalau tak orang asik ingat pasal Perak mesti pasal “kejo Yop Kejo” la, bijih timah yang dah berapa timah sangat tu, skang sungguh dasat la. Syabas kepada semua warga ADUN Perak kerana berjaya mencipta kejayaan dalam masa 2009 ini. Excellent!! Mana ada sehebat ini. Kalau boleh ada pilihanraya lagi, mau kena balik Slim, mengundi rosak lagi ni. Tapi heran kenapa panggil undi rosak kalau kita pangkah dedua sekali kan. Maknanya kita amat menyokong kedua-dua calon agar dapat bekerjasama di masa hadapan untuk membangunkan Perak tercinta. Ye la, bak orang dulu-dulu kata, “teamwork” itu amat penting dalam memajukan sesuatu projek, maka dengan mengundi a.k.a memangkah kedua-dua calon menunjukkan sokongan saya kepada Barisan Nasional dan Barisan Alternatif untuk meneraju Perak. Bak masa sekolah-sekolah dulu kena lukis kat mural “Perak No.1”.

Yay Perak No 1.

5 Replies to “Bila masa free..”

  1. Cik Beruang & Exike- well biasakla Perak No.1 hahahhaa
    Ana – ahaha hensem kan Nick Carter tu wakakaka. dulu la skang bughuk
    Imran – hehehe, template sedia ada , tuka-tuka je, nak buat sendiri punya tak reti design. Tu la bosan tau, org baru nak g mengundi ni

Leave a Reply