Pancakes

image

Pancakes ini telah direquest oleh Aman. Resepi ini boleh menghasilkan 12 keping jika menggunakan ice cream scoop.

Bahan

1 1/2 tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
(tapis semua)

1 1/4 susu segar
Butter 4 sudu kecil (cairkan)
telur saiz A 2 biji

Cara
Susu dan telur dipukul dengan speed yang tinggi dlm 2 minit
kemudian masukkan butter cair semasa tgh pukul dlm 1 minit

Kemudian dengan menggunakan whisker campurkan campuran tepung yang ditapis itu ke dalam bancuhan susu tadi. Kacau sehingga sebati

Leave it for 15 minit ye puan puan sebelum membakarnya.

Panaskan non stick pan, oleskan dengan butter. oleskan tuuu hahhaa. ambil ice cream scoop dan bolehlah bakar. campuran pancake akan mengelembung di atas kuali panas dan terbalikkan. Angkat dan makan. boleh dimakan dengan manisan pilihan atau begitu saja.

Aman & Azam suka!

Elita

Selamat tahun baru

Di malam pertama tahun baru Islam hari ini 5 Nov 2013..saya ingin menanamkan azam supaya tahun baru ini lebih diberkati olehNya.

Saya ingin menjadi yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Saya ingin menjadi isteri dan ibu yang lebih baik dari tahun sebelum.

Saya ingin menjadi anak yang lebih taat dan baik dari tahun sebelumnya.

Saya ingin bekerja dengan lebih baik dari sebelumnya. Jika boleh lupakan saja masalah di office. Hidup ini singkat saja. Kejar saja impian kita. Mereka yang nak berjaya kena pedulikan cabaran di sekeliling. Jika org boleh pilih siapa mereka suka..saya pon sama.

Semoga kehidupan saya dan keluarga lebih diberkati olehNya untuk tahun baru ini.

Amin.

Elita

Food Court Murah di Mid Valley – Food Court Makan Place

image

Jika anda ingin mencari tempat makan yang agak berpatutan di Mid Valley / Gardens, saya ingin cadangkan anda mencuba “Food Court – Makan Place”. Lokasi dia berhampiran dengan Kedai Donut Big Apple di area LG. Anda akan nampak Tony’s Roma, sebelah itu Kedai DOnut, nampak logo sperti di atas itu, makan di sinilah ada menawarkan kedai makan yang harganya agak berpatutan. Kedai ini selalu dikunjungi oleh mereka yang bekerja di sini. Ye lah kalau hari-hari makan mahal tak mampu kot.

Namun, harus diingatkan food court ini tidaklah seglamour dengan kedai makan atau food court yang berada sekitarnya. Food court ini amatlah humble to earth sekali tau. Aircond takde, cuma kipas saja. Officemates saya panggil food court ini “Smoke House”. Yelah, masuk kat situ berasap je, keluar mesti baju berbau hahaha asap. Masa memula masuk sini, jenuh jugalah tanya Uncle Google siapakah gerangannya Restoran Smoke House di Mid Valley ini. Last-last Tipah tertipu hahhaa.

Antara makanan yang ditawarkan dari nasi campur, masakan bergoreng, roti canai, kuih muih dan minuman. Memang seperti kedai makanlah. Paling mahal pernah saya beli adalah RM5.50 (Itu masa tamak haloba), Selalu RM2 to RM4 saja.

image
image

image

image