Food Court Murah di Mid Valley – Food Court Makan Place

image

Jika anda ingin mencari tempat makan yang agak berpatutan di Mid Valley / Gardens, saya ingin cadangkan anda mencuba “Food Court – Makan Place”. Lokasi dia berhampiran dengan Kedai Donut Big Apple di area LG. Anda akan nampak Tony’s Roma, sebelah itu Kedai DOnut, nampak logo sperti di atas itu, makan di sinilah ada menawarkan kedai makan yang harganya agak berpatutan. Kedai ini selalu dikunjungi oleh mereka yang bekerja di sini. Ye lah kalau hari-hari makan mahal tak mampu kot.

Namun, harus diingatkan food court ini tidaklah seglamour dengan kedai makan atau food court yang berada sekitarnya. Food court ini amatlah humble to earth sekali tau. Aircond takde, cuma kipas saja. Officemates saya panggil food court ini “Smoke House”. Yelah, masuk kat situ berasap je, keluar mesti baju berbau hahaha asap. Masa memula masuk sini, jenuh jugalah tanya Uncle Google siapakah gerangannya Restoran Smoke House di Mid Valley ini. Last-last Tipah tertipu hahhaa.

Antara makanan yang ditawarkan dari nasi campur, masakan bergoreng, roti canai, kuih muih dan minuman. Memang seperti kedai makanlah. Paling mahal pernah saya beli adalah RM5.50 (Itu masa tamak haloba), Selalu RM2 to RM4 saja.

image
image

image

image