Aman kena masuk hospital, lama sungguh dari 29 Dec 2008 sehingga 1 Jan 2009. Setahun tu. Lama. Sebab: penyakit tangan kaki mulut (HFM Disease). Doktor Florence cakap hoh, penyakit ini boleh berjangkit melalui sentuhan air liur, tanya nurseri tak de yang kena. Rasanya mesti Aman kena masa gi Toys R us aritu. Masa tu Mama dengan ayah shopping motor polis Aman. Tak pon masa kat 101 Mall aritu, jejalan beli keta mainan Aman. Tatau yang mana satu. Sebab mungkin bila Aman pegang mainan tu, dia suka sentuh mulut. Mungkin. Dari situ boleh jangkit. Tatau la. Moral: Sila basuh Mainan lepas beli.
Sian Aman, 3 hari tak leh makan. Orang besar kena ulser sebijik pon nak demam sehari. Aman seluruh mulut. Sedih sangat tengok Aman, nasib En. Zama ada. Dia pon kesian, penat. Takpe ayah boleh rehat yer.
Ok.
Sekian.