Part 1: Cara untuk memeriksa laporan CTOS Online

Laporan CTOS amat sinonim apabila anda ingin membuat permohonan pinjaman, kad kredit di Malaysia ini. Selain CTOS, kita juga dikehendaki bersih dengan laopran CCRIS. Dahulu hanya pihak bank saja yang layak untuk mendapatkan laporan CTOS/CCRIS kita ini. Namun sekarang anda boleh mendapatnya sendiri tanpa menggunakan pihak bank

Kenapa kita perlu memeriksa laporan CTOS kita sekerap boleh?
Benefitnya, anda boleh sentiasa memastikan tiada orang yang akan menggunakan nama anda untuk membuat sebarang pinjaman di luar pengetahuan anda.

Terdapat 4 cara untuk melakukan pemeriksaan sendiri oleh individu.

  • Pilihan 1: Pemeriksaan Sendiri melalui Aplikasi Telefon Pintar (hiks!) – SmartPhone le (perlukan USER ID)
  • Pilihan 2: Pemeriksaan Sendiri di CTOS Service Center
  • Pilihan 3: Pemeriksaan Sendiri melalui atas talian (online) (perlukan USER ID)
  • Pilihan 4: Pemeriksaaan Sendiri melalui SMS (perlukan USER ID)

Di sini saya ingin sharekan pengalaman saya mendaftarkan diri bagi melakukan pemeriksaan laporan CTOS saya ini.

Anda perlu melawati laman web CTOS. Kemudian anda dikehendaki untuk mendaftarkan diri bagi mendapatkan USER ID persendirian. Terdapat 4 pilihan yang boleh anda lakukan

  • Pilihan 1: Pendaftaran dari Smart Phone anda (iPhone dan Android)
  • Pilihan 2: Pendaftaran atas talian (online)
  • Pilihan 3: Pendaftaran Biometrik
  • Pilihan 4: Pendaftaran Manual

Kali ini saya telah memilih Pilihan 2: Pendaftaran atas talian (online).  

Di laman web CTOS, saya akan klik di “Register Your Use ID with CTOS NOW”

1

Setelah anda klik link itu akan ke laman pendaftaran USER ID anda. Anda bolehlah klik “next” untuk langkah seterusnya

2

 

Dan di page seterusnya akan menerangkan pilihan² yang ada untuk mendaftar USER ID anda. Jika anda membuat pilhan online seperti saya, teruskan dengan klik “Click here to begin online registration”.

Anda dikehendaki untuk membaca Terms & Conditions di page baru. Dan sekarang anda perlu bersetuju dengan T&C, kalau tidak kenalah pilih option lain kan.

3

 

Dan juga persetujuan anda diperlukan untuk Disclosure untuk laporan CTOS anda. Sekali lagi klik “I agree”

4

 

Setelah persetujuan diterima, dan mulalah pendaftaran anda dengan mengisi semua kotak yang telah disediakan di laman yang baru.

Page 1: Maklumat MyKad/Passport
5

 

 

Page 2: Maklumat Surat-Menyurat
6

 

Page 3:Maklumat Pekerjaan
7

 

Setelah selesai mengisi semua kotak yang dikehendaki, maka anda bolehlah klik “Confirm Registration Details”. Langkah seterusnya untuk menerima notis pendaftaran di email anda.

Email yang anda terima adalah bertajuk ” CTOS Identity Registration (Pending verification)”. Kenapa Pending? Ini kerana pihak CTOS memerlukan anda menghantar bukti (Mykad) sebagai tujuan pengesahan supaya tidak ada pihak yang cuba menyamar menjadi anda. Sila lihat contoh email yang diberikan di bawah ini. CTOS User ID disertakan bersama-sama email CTOS anda. Sila semak butiran anda dengan betul. Jika salah, sila hubungi pihak CTOS dengan segera.

8

Setelah menerima notis email itu, maka langkah seterusnya untuk menghantar Mykad anda sebagai tujuan pengesahan sebelum anda diizinkan oleh pihak CTOS untuk mendaftar. Dinasihatkan untuk meletak palang di atas salinan IC anda dengan ” UNTUK KEGUNAAN CTOS SAHAJA” atau “CTOS USE ONLY”.

9

Permohonan anda akan diproses dalam tempoh 24 jam. Saya mendapat pengesahan sehari selepas permohonan saya sebab saya hantar selepas waktu bekerja. Terima Cik Jiha atas reply anda ye. hik hik. Selalunya pengaktifan USER ID anda akan dilakukan dalam tempoh 24 jam sahaja. Dalam kes saya, reply dari Cik Jiha adalah pada pukul 9.33 pagi dan pengaktifan USER ID saya pada pukul 3.30 petang hari yang sama. Cepat dan efisen sungguh.

10

 

Yay!! Dan sekarang anda boleh mencuba untuk login dan seterusnya memeriksa laporan CTOS anda! Kita sambung di bahagian seterusnya. Sekian.