Gulai ayam Nasi Berlauk – Brunch kami

Sementara anak dan ayah berendam dalam air di atas, saya pon bersiap-siap menyediakan BRUNCH untuk kami sekeluarga.

So saya memilih untuk memasak nasi berlauk gulai ayam.

Resepinya sangat mudah

Gulai ayam Nasi berlauk

Ayam setengah ekor
Bawang merah 3 biji
Bawang putih 2 biji
Lengkuas 3 hiris
Santan 250gram
Serbuk kunyit
Asam keping 1 keping
Cili merah 1 biji (nak pedas boleh tambah atau gantikan cili padi)
Light green chili
Garam
Gula

Cara memasak:
Blender semua bahan kecuali asam keping, light greeen chili, santan.

Masukkan ke dalam periuk.

Tambahkan santan, air, asam keping dan serbuk kunyit

Masakkan di atas api yang sederhana dalam 10 minit dan masukkan ayam yang telah dipotong sesuka hati

Kacau sesekali.

Masukkan cili hijau itu

Kacau sehingga mengelegak.

Tambah garam dan gula secukup rasa

Kacau sehingga pekat dan sepekat yang disukai.

Angkat dan hidangkan dengan nasi putih, timun dan sambal cili.

image

Yumm. Selamat mencuba.

Dikarang dari telefon comel ku