
Jika anda inginkan kelainan selain dari masakan Melayu atau fast food, mungkin restoran ini boleh menjadi pilihan anda. Restoran ini mula beroperasi di pertengahan tahun 2010 ketika itu hanya membuka satu lot kedai, kemudian di pertengahan tahun 2013, ia telah meluaskan kawasan kepada 2 lot. Ramai pelanggan kot.
Restoran Adam Ali ini merupakan salah satu restoran makanan cina yang halal di Puchong. Sijil halal mereka sah dari pihak JAKIM.
Selalunya saya akan buat tempahan melalui telefon. Order, Pack & Go!
Menu selalu di ambil; Set nasi ayam kungpow; set nasi kari ayam; Set nasi Mix Vegie & Set nasi ayam lemon. Semua harga sehingga tarikh post ini ditulis adalah RM30. So maknanya, harganya tak mahal tak murah. Tapi saya suka Nasi Goreng Cina dia ngan Nasik Goreng Vegie. Sodap. Kari ayam dia pon sedap.
Menu boleh dimuat turun di sini
Anda boleh lihat menu, interiornya, alamat di website mereka di sini.
Keseluruhan:
Rating by elita.my
Rasa: 3.5/5
Kebersihan: 3/5
Harga: $$$$
Variasi: 4/5
OPG!: 5
Alamat:
Makanan Cina Muslim Mohd Adam Ali Restaurant
74, Jalan Puteri 5/1, Puchong , Bandar Puteri, 47100


