Banofee

Bahan

400 gram digestive biscuits ( saya menggunakan sebungkus McVitie’s Digestive)
50 gram mentega
Pisang 6 biji
Whipping cream (1000 gram) (saya guna brand arla)
Caramel -ready made smuckers
Dark Chocolate

Cara Penyediaan

Biskut dihancurkan sehingga halus ( saya meletakkan biskut ke dalam plastik dan tumbuk menggunakan pengolek yang selalu digunakan untuk mengelek kulit karipap etc). Setelah cukup halus, letakkan ke dalam bekas yang sesuai. Cairkan mentega kemudian campurkan ke dalam bekas yang mengandungi biskut hancur itu. Gaul sehingga biskut itu boleh melekat sesama mereka =). Dan tekan biskut sehingga padat dan mendapat satu lapisan di bekas itu. Panaskan oven 180 degrees, setelah cukup panas, bakar biskut itu selama 20 minit atau sehingga mengeluarkan bau yang sedap. Jangan terbakar, pahit tak sedap.

Keluarkan dan biarkan sejuk.

Potong pisang dalam 1 cm atau mengikut saiz kesukaan anda. Apabila, biskut sudah sejuk, lapiskan dengan pisang sehingga menutup biskut tersebut.

Krim diputar sehingga gebu ( pastikan jangan sampai terlalu fulffy) – hints – apabila krim yang diputar itu semakin pekat dan lembut dan tiada air lagi.

Letakkan krim ke atas lapisan pisang. Kemudian hiaskan dengan dark chocolate di atas krim itu. Corak mengikut kegemaran anda. Saya hanya menaburkan secara rambak.

Sejukkan di dalam peti ais selama 2 jam.

Boleh dihidangkan selepas itu. Yummy