Sebagai anak Malaysia, anak saya suka makan nasi juga. Saya ada menyediakan lauk yang agak sesuai untuknya.
Bahan
Sawi
1 cawan air rebusan air
1 sudu kecil minyak sayuran
1 ulas bawang putih
1 ulas kecil bawang merah
Potongan ayam (bahagian dada)
Suhun
Cara penyediaan
Panaskan minyak dan saute bawang putih bersama bawang merah yang telah dihiris halus. Setelah kekuningan dan naik bau, masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil dan goreng seketika. Setelah puas hati dengan keadaan ayam tersebut, masukkan sawi yang telah dipotong kecil (sesuai dengan kemampuan anak anda) dan tambahkan air rebusan secukupnya. Jangan terlalu banyak, sekadar cukup menutupi sawi supaya rasa manis ayam itu tidak hilang. Kemudian masukkan suhun dan tunggu sehingga ianya masak. Sayur itu bergantung kepada anda, masuk ranggup atau lembik. Anak saya suka yang ranggup sedikit. Masukkan garam secukup rasa (tidak terlalu lama).
Hidangkan dengan nasi putih.