Menu First Ramadan (Sahur)

Persiapan berpuasa kali ini saya bercadang untuk lebih banyak memasak sendiri. Saya telah membeli bahan² yang agak senang dan mudah untuk digunakan dalam masakan seharian dan boleh dipelbagaikan

Antara bahan basah dan sayur yang kita boleh pelbagaikan cara masakan (ini saya saya beli untuk minggu 1 berpuasa) adalah:

  1. Lobak Merah
  2. Batang celeri
  3. Kobis bunga
  4. Kacang peas
  5. Tomato
  6. Ayam
  7. Ikan Kembong
  8. Telur
  9. Limau Kasturi

So, suami saya seorang yang tak cerewet sgt, amat menyenangkan lagi saya memasak.

Resepi hari ini adalah seperti berikut

Kari Ayam
1 kotak Santan (Ayam Brand) – guna 2/3 dari pek tersebut
3 Sudu Rempah Daging Adabi (dibancuh dengan air untuk dijadikan paste)

Bahan tumis A
1 batang kayu Manis
4 Cengkih
3 Pelaga
1 biji bunga lawang
daun kari

Bahan tumis B
2 Ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2 cm Halia

Bahan Hiasan C
3 batang bendi
1 biji kentang
1 ketul ayam bahagian paha
1 biji tomato

3 sudu asam Jawa (dibancuh dengan air)

Cara Memasak
1. Panaskan 2 sudu minyak
2. Tumiskan bahan tumis A
3. Kemudian Bahan tumis B
4. Tunggu sehingga naik bau
5. Masukkan paste kari
6.Tumis sehingga naik minyak dalam api yang sederhana
7. Masukkan ayam & kentang
8. Masukkan air 2 cawan
9. Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan, air asam jawa
10. Masukkan Bahan C
11. Kacau, masukkan garam, dan tunggu sehingga kentang dan ayam empuk
12. Hidangkan

Sayur Campur Tumis

1 batang celeri
Cauliflower
Kacang Pea
5 cm carrot

Bahan tumis
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm Halia

segenggam ikan bilis
1 sudu sos tiram

Cara Memasak
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan Bahan tumis dimulai dengan ikan bilis dan diikuti bahan2 lain
3. Sudah naik bau, masukkan sos tiram & semua sayur yg telah dipotong,
4. Masukkan garam dan rasa, siap.

Ayam Goreng Tepung

Ayam 3 ketui
Kunyit
GaraM
Tepung Hi-Protein (boleh gunakan tepung gandum yang biasa)

Gaulkan ayam dengan kunyit, garam dan tepung
Goreng dalam minyak yang panas dalam api yg sederhana
Empuk, angkat, hidang

Siap!

Leave a Reply