Kali ini saya ingin bercerita mengenai Restoran D’Syasya yang terletak di Puchong Utama.
Restoran ini menyediakan makanan masakan Melayu, Thai, Western dan juga perkhidmatan katering.
Pemandangan di waktu malam. Pekerja rata-rata lelaki dan pelat Thai. Tak pasti kalau mereka ini juga orang malaysia atau siam. Menurut En. Zama rasa dia agak ok juga. Macam kedai thai yang lain-lain itu. Harga pon standard punya.
Menu dia panjang dan banyak. Malam itu kami order Nasi Putih, ayam goreng kunyit, sup ayam, telur dadar, nasi goreng daging merah, nasi goreng ikan masin, air tembikai gelas besar, sirap laici, air teh o ais, 2 air kosong..semuanya dalam RM35++.
Dia ada juga menjual burger, yong tau fu, roti canai dan macam macam lagi.
Dorang ada menyediakan shisha jugak!
Kebersihan: ???
Rasa:???
Harga: ???
OPG .. tak penah try