Pengalaman bershopping di Lazada Part 2 & Bagaimana mendaftar e-Warranty Samsung?

Sila refer pengalaman pertama bershopping di Lazada di sini. Kali ini saya ini bercerita pengalaman ke dua bershopping di Lazada dan kali ini melibatkan jumlah yang besar iaitu pembelian Samsung Galaxy S5. Ini adalah permintaan suami saya untuk membeli di Lazada kerana harga yang ditawarkan lebih jauh murah berbanding di kedai Samsung. Ketika kami membeli harganya lebih kurang RM500++ murah berbanding kedai. Semasa post ini ditulis, harga sudah semakin murah, iaitu RM700++. Kami telah memilih barang yang dikehendaki. Tips yang ingin dikongsi di sini:

  1. Kami akan memilih barangan yang terdapat “Sold & Fulfilled by Lazada”
  2. Jumlah item yang tinggal
  3. Kaedah pembayaran adalah “Cash On Delivery” atau kita terima barang baru bayar

Kali ini servis adalah sangat tip top. Mungkin disebabkan 3 tips di atas, hanya mengambil 1 hari bekerja sahaja. Efisen kan? Saya telah menerima SMS bersama link untuk tracking pesanan dari pihak Lazada telah diterima beberapa minit saya submit order.

wpid-screenshot_2014-07-16-15-44-04.pngwpid-screenshot_2014-07-14-13-28-59.png wpid-screenshot_2014-07-14-14-45-20.png

Barangan yang diterima juga original dan mempunyai Samsung Warranty.

wpid-2014-08-19-12.20.15.png.pngwpid-2014-08-19-12.22.25.png.pngwpid-20140716_172002.jpg

 

 

Bagaimana hendak mendaftar / register warranty jika membeli melalui Lazada? Ikut steps di bawah ini.

  1. Scan Invoice yang diterima ketika kita menerima barang kita itu, jangan dibuang dahulu invoice itu.
  2. Kemudian hantarkan invoice ke email WARRANTY <[email protected]>  bersama-sama details di bawah ini:
    Full Name: ______________
    Mobile Number: __________
    Model Code: _____________
    IMEI Number : ____________
    Serial Number :___________
  3. Tunggu reply dari pihak samsung ( dalam kes saya hanya mengambil 1 hari bekerja)
  4. e-warranty anda telah didaftar setahun dari tarikh pembelian. Senangkan? Selamat bershopping.

Leave a Reply