Pagi ini semasa hendak menghantar Aman ke sekolah KAFA dia, banyak polis berkumpul di kawasan sekolah. Kebanyakan ibubapa macam kelam kabut. Dirisik rupanya kereta ustazah dilarikan dengan anak-anak dia sekali. Berita selanjutnya di sini:
Saya sangat terkejut dan segera bercerita dengan Aman supaya ingat kembali pesanan saya mengenai “Stranger”. Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak saya dari sebarang kejadian yang tidak diingini ini.
Moral of the story: sila pastikan kereta anda sentiasa dikunci dan jangan tinggalkan anak anda berseorangan di dalam kereta walau apapon terjadi. Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak-ku.