Pengalaman berShopping di LSN Sewing Machine

Kali ini saya ingin mengulas pengalaman saya membeli mesin jahit online di LSN Sewing Machine.

Saya memang inginkan sebuah mesin jahit. Dah jumpa mesin jahit yang diminati iaitu Singer Heavy Duty 2243. Pergi kedai Singer cuba meraba mesin jahit itu dan agak puas hati.

Maka saya telah membuat research di merata-rata tempat juga bertanya dengan Pakcik Google untuk mencari kedai yang paling berpatutan harganya. So one of the recommendation to buy from LSN Sewing Machine.

Hari-hari dok check harga memang agak murah dan siap dapat harga pakej dan harga pakej pula ada diskaun. Namun pada suatu hari tgh buka untuk check available ke tak, terdapat additional diskaun jika beli pada hari tersebut. Maka tambah 10% ketika itu. sehingga post ini ditulis, jumlah diskaun yang ditawarkan adalah 8.8%. Sudahlah ada promotion, ditambah lagi additional online diskaun, maka saya grab dan beli saja.

Pastikan anda perlu mendaftar online di laman web ini.

Mainpage

 

 

Sila daftarkan diri di sini jika bukan ahlinya. Click di “No account yet? Register”

Login

 

Setelah berjaya login, sila lah pilih mesin jahit yang dikehendaki.

Mesin

 

Pilih “Add to Cart”

Kemudian satu tetingkap “Notice” akan terpapar menandakan barangan telah dipilih.

Notice

Kemudian boleh sambung membeli-belah dengan memilih “Continue” atau terus untuk proses pembayaran “Cart”.

Cart

 

 

Sila letak kod kupon yang anda dapat di laman utama.

Diskaun

 

CartDiskaun

 

Dan Klik “Submit” dan cart anda akan mendapat harga baru seperti di bawah. Pilih “Checkout”  untuk proses seterusnya.

CartDiskaun1

 

Pilih pembayaran anda dan cara penghantaran. Ada juga option pengambilan di kedai. Saya telah memilih untuk mengambil di kedai walaupun kos penghantaran adalah percuma. Satu invoice akan dihantar ke email anda. Kemudian wakil dari LSN akan menelefon anda untuk confirmation. Oleh kerana saya memilih untuk mengambil di kedai, mereka akan meminta kita untuk pilih waktu pengambilan.

Alamat kedai adalah seperti berikut:

LINGS SERVICE NETWORK (M) SDN BHD

No 24D Jalan Damai Perdana 1/8C
Bandar Damai Perdana
56000 Cheras, W.P. Kuala Lumpur

 

Kedai nya bersebelahan dengan kedai makan, dan yang pasti parking adalah sangat susah. Tidak digalakkan untuk pergi berseorangan. p.s. saya tidak sempat ambil gambar kerana masa itu terlalu excited untuk mendapatkan mesin jahit yang baru. Next time kalau saya ingin membeli lagi, akan saya updatekan page ini lagi.

Kesimpulannya. Pembelian di LSN Sewing Machine adalah pembelian yang boleh dipercayai.

 

Selamat membeli.

 

 

 

Leave a Reply